PEMAKLUMAN SELENGGARA BUKU VOT TABUNG AMANAH

Assalammualaikum W.R.T & Salam 1 Malaysia.

 
YBhg. Prof. / Dr. / Saudara, 
 
 

Adalah dimaklumkan bahawa Pejabat Bendahari akan melakukan penyelenggaraan terhadap Buku Vot di dalam sistem UTMFin bagi semua Tabung Amanah (Bajet A) untuk tujuan membetulkan kemungkinan kesilapan yang telah berlaku pada transaksi yang terdapat di dalam buku vot sebelum ini.

 

Penyelenggaraan ini akan dijalankan mulai daripada 11/2/2018 sehingga 15/2/2018 secara berperingkat dan mungkin akan mengakibatkan berlakunya perubahan maklumat yang ada di dalam Buku Vot yang terlibat.

 

Sebarang pertanyaan boleh dibuat kepada Pn Mazlindawati Binti Razli di sambungan 30226.

 

Sekian untuk makluman.  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *