Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,
Didoakan semoga warga UTM dalam keadaan sihat dan ceria.
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan juga hebahan dan perkongsian daripada Pej HEK sebelum ini adalah berkaitan.
Dukacita dimaklumkan masih terdapat hebahan / promosi yang dikeluarkan oleh pelbagai entiti dalam UTM atau rakan kolaborasi yang menggunapakai
logo UTM yang salah. Keadaan sebegini boleh menjejaskan hasrat universiti untuk memantapkan penjenamaan UTM kepada umum.
Bagi menjamin ketepatan dan keselarasan, semua warga UTM termasuklah pihak yang menjalin kolaborasi dengan Universiti kitaWAJIBLAH menggunapakai logo yang telah diluluskan oleh pengurusan universiti. Sila gunakan logo yang dibenarkan sahaja untuk semua promosi / hebahan / pengumuman samada pada media sosial, bahan cetakan dll. Maklumat lengkap boleh didapati pada pautan berikut – http://brand.utm.my/toolkit/
Sehubungan itu, mohon perhatian dan kerjasama semua pihak bagi bersama-sama menguatkuasa dan menyokong hasrat Universiti untuk memperkasakan penjenamaan melalui penggunaan LOGO yang betul kerana logo yang betul dan standard melambangkan kredibiliti sesebuah organisasi.
Kerjasama dan perhatian setiap pegawai bertanggungjawab di PTJ / Fakulti / Unit untuk memaklumkan mengenai pematuhan penggunaan logo ini kepada pelajar-pelajar dan rakan kolaborasi masing-masing amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.