PENGHANTARAN LAPORAN PEMANTAUAN DANA PENYELIDIKAN FUNDAMENTAL, KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI BIL. 2/2017

YBhg. Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan,

Dengan hormatnya saya merujuk perkara diatas.

2.         Sebagaimana YBhg. Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan sedia maklum, pihak Kementerian Pendidikan Tinggi telah meluluskan projek-projek  Penyelidikan di bawah Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS), Skim Geran Penyelidikan Prototaip (PRGS), Skim Geran Penyelidikan Eksploratori (ERGS), Skim Geran Penyelidikan Trans-Disiplinari (TRGS), Skim Geran Penyelidikan Jangka Panjang (LRGS), Skim Geran Penyelidikan Nic (NRGS) dan Dana Pembudayaan Penyelidikan (RAGS).

3.         Sehubungan itu, dimaklumkan bahawa pihak Kementerian akan menjalankan proses pemantauan bil. 2/2017 terhadap prestasi projek-projek penyelidikan yang diperakukan. Kerjasama dipohon untuk mengisi dan menghantar Laporan Prestasi (data sehingga 31 Julai 2017)atau Laporan Akhir projek penyelidikan secara atas talian menggunakan portal MyGRANTS dengan melayari laman webhttps://mygrants.gov.my mulai 1 Ogos 2017 bagi geran penyelidikan FRGS, PRGS, ERGS, TRGS, RAGS dan Geran Banjir bagi fasa berikut:-

      i.        Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) Fasa 1/2011 sehingga Fasa 1/2016;

 

    ii.        Skim Geran Penyelidikan Prototaip (PRGS) Fasa 1/2011 sehingga Fasa 1/2016;

 

   iii.        Skim Geran Penyelidikan Eksploratori (ERGS) Fasa 1/2011 sehingga Fasa 1/2013;

 

   iv.        Skim Geran Penyelidikan Transdisiplinari (TRGS) Fasa 1/2013 sehingga Fasa 1/2016;

 

    v.        Dana Pembudayaan Penyelidikan (RAGS) Tahun 2014 sehingga 2015; dan

 

   vi.        Geran Pengurusan Pengurusan Bencana Banjir tahun 2015 (bagi Ketua Projek yang belum membuat revision dan mengisi laporan akhir).

4.         Berikutan pengisian laporan prestasi melalui sistem online, pohon kerjasama pihak RMC untuk menghantar borang-borang pemantauan secara hardcopy mengikut geran penyelidikan masing-masing yang terdiri daripada:

      i.        Borang Laporan Keseluruhan (mengikut fasa);

 

    ii.        Borang Laporan Pencapaian;

 

   iii.        Borang Laporan Kewangan (K1) mengikut fasa bagi setiap IPT/institusi yang disahkan oleh pihak Bendahari; dan

 

   iv.        Borang Senarai Pendaftaran Harta Modal.

5.         Manakala, penghantaran laporan bagi geran LRGS, NRGS dan FRGS Top-Down adalah secara manual (borang hardcopy) yang terdiri daripada Laporan Prestasi Program/Projek (P1-R atau P3-R), Laporan Keseluruhan (P2-RMC), Laporan Kewangan (K1-RMC), Laporan Pencapaian dan Borang Senarai Harta Modal yang lengkap serta disusun mengikut fasa bagi fasa berikut:-

      i.        Skim Geran Penyelidikan Jangka Panjang (LRGS) Fasa 1/2011 sehingga Fasa 1/2015;

 

    ii.        Skim Geran Penyelidikan Nic (NRGS-KPT) tahun 2013; dan

 

   iii.        Skim Geran Penyelidikan Fundamental Top-Down (FRGS Top-Down) tahun 2011 sehingga 2014.  

6.         Laporan Pemantauan Bil.2/2017 perlu dikemukakan kepada pihak kementerian sebelum atau pada 30 Ogos 2017. Laporan (softcopy) boleh dihantar melalui emel berikut:-

               i.        rndbpki@gmail.com (geran FRGS/PRGS/ERGS/TRGS/RAGS/Banjir);

              ii.        lrgsbpki@mohe.gov.my (geran LRGS);  

            iii.        nrgsbpki@mohe.gov.my (geran NRGS).

7.         Perkara yang dinyatakan di atas adalah untuk perhatian dan tindakan pihak YBhg. Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan jua.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Saya yang menurut perintah,

(PROF. DR. RAHA BINTI ABDUL RAHIM)

b.p Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi

Jabatan PendidikanTinggi

Kementerian Pendidikan Tinggi

Urus setia
Unit Pengurusan Penyelidikan
Bahagian Perancangan Kecemerlangan IPT (BPKI)
Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Tinggi
Aras 7 , No 2, Menara 2,
Jalan P5/6, Presint 5,
62200 PUTRAJAYA, MALAYSIA
Tel: (603) 8870 6974/75
Faks: (603) 8870 6867

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *