Program Kasih Ramadhan 2016

13243835_10209051083609329_6817118890834591634_o

Program Kasih Ramadhan 2016 mensasarkan seramai 150, anak yang miskin, yatim dan yatim piatu di SDAR agar dapat dihadiahkan bekalan persiapan hari Raya, seperti baju, kasut dan sebagainya, sehingga rm300 seorang.

Kepada ibubapa, penderma, badan korporat yang telah menyumbang dan akan menyumbang harap dapat memaklumkan kepada AJK PIBG jumlah sumbangan. Ini untuk memudahkan urusan merekod sumbangan ini.

Kami berharap dengan sumbangan Tuan/Puan dapat memberikan sinar kegembiraan kepada anak-anak ini ketika menyambut aidil fitri pada tahun ini. Gambarkan anak-anak ini anak-anak anda. Mungkin ini lah masa nya sekali setahun bagi mereka membeli pakaian dan kasut untuk diguna pakai sepanjang tahun ini dan kekadang pakai sampai lusuh.

Semoga kita semua dirahmati dan dipermudahkan segala urusan oleh Allah swt.

– Biro Kebajikan & Biro Publisiti/Komunikasi PIBG SDAR

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *