PROGRAM SENAMROBIK PERDANA UTM KUALA LUMPUR – Low Impact Tabata Siri 5/2020

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk

  1. Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Kecemerlangan Sukan UTM Kuala Lumpur akan menganjurkan SenamrobikPerdana – Low Impact Tabata Siri 5/2020. Program akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh       :  26 Ogos 2020 (Rabu) 


  Masa        : 

          7.30 pagi – Ketibaan Staf dan Jemputan Khas (Staf UTM SPACE,                                      UTM Holding, dan PAUTM) dan Pendaftaran/Imbasan QR                                Code

          7.45 pagi – Penerangan Ringkas S.O.P Senamrobik 

          8.00 pagi – Senaman Low Impact Tabata

          8.45 pagi –  Bersurai

Tempat     :  Dataran Menara Razak UTM Kuala Lumpur    

Tema Pakaian : Kuning

  1. Untuk maklumansemua, di dalam tempoh pemulihan dalam menuju normalisasi yang baharu, Pusat Kecemerlangan Sukan telah membentuk S.O.P bagi Pelaksanaan Aktiviti Senamrobik ini berdasarkan Panduan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Belia dan Sukan dan Majlis Keselamatan Negara. Setiap individu perlu menggalas tanggungjawab dalam memastikan setiap S.O.P yang digariskan dipatuhi dengan penuh berdisiplin agar kebersihan diri dan persekitaran UTM Kuala Lumpur sentiasa terpelihara.
  2. Semoga dengan program ini memberi impak yang positif kepada aspek fizikal, mental, dan spiritual warga kampus dan seterusnya budaya ini menjadi titik mula kearah kehidupan normalisasi yang baru dan lebih sihat. Kerjasama seluruh warga kampus dalam menjayakan prorgam ini amat dihargai. Untuk makluman, air mineral cuptidak dibekalkan dalam menyokong usaha menjadikan UTM sebagai Kampus Lestari.
  1. Bersama-sama ini dilampirkan S.O.P Pelaksanaan Program Peringkat UTM Kuala Lumpurdan E-Banner Program Senamrobik Perdana sebagai rujukan dan tindakan semua.

Saringan suhu TIDAK akan dilakukan semasa pendaftaran memandangkan dua kali saringan telah dilakukan iaitu di Pos Pengawal dan Jabatan masing-masing

Warga kampus DIGALAKKAN membawa SANITIZER sendiri sebagai langkah kebersihan sebelum, semasa, dan selepas aktiviti.

Sekian, terima kasih

“Berkhidmat untuk Negara kerana Allah”

Saya Yang Menjalankan Amanah,

NABIL HAZWAN BIN MUHAMAD HASIM

Pegawai Belia dan Sukan

Pusat Kecemerlangan Sukan
Pejabat Hal Ehwal Pelajar

Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *