SIRI MESEJ INTEGRITI 3 : JEALOUS TAK SALAH !

Jika anda iri hati dengan rakan anda kerana dia mampu melaksanakan ibadah dengan kusyuk, itu tidak mengapa, kerana usaha anda untuk mengatasi beliau, akhirnya akan memenangkan anda, dan beliau selaku pesaing, turut menang sama. 
 
Namun, jika anda jealous itu adalah kerana harta, pangkat dan darjat, berhati – hatilah wahai rakan, kerana takut kita tergolong di dalam golongan yang tidak mensyukuri. 
 
Maka, jadikanlah orang yang lebih hebat beribadah sebagai pemangkin semangat untuk anda terus berjuang dalam mengerjakan ibadah. Dan, jadikanlah mereka yang tidak berkemampuan, terutama ketika menjalankan ibadah di bulan mulia ini, sebagai sumber anda merasai kesyukuran dan tempat untuk anda menghulurkan bantuan. 
 
Contohilah sifat Rasullullah SAW, yang dijelaskan melalui Ibnu Abbas, katanya : “Rasulullah SAW adalah manusia yang pemurah, dan lebih pemurah lagi pada bulan Ramadan”. 
 
Justeru, sama – samalah kita jealous pada mereka – mereka yang teguh beribadah di bulan mulia ini, dan membuatkan kita turut ingin bersaing sama. Semoga pesanan ini menjadi manfaat buat kita semua. 
 
 
AHLAN WASAHLAN YA RAMADAN – Awalnya Rahmat, Pertengahannya Maghfirah (pengampunan Allah) dan Penghujungnya, pembebasan daripada Api Neraka. 
 
Marilah kita delete dosa – dosa lalu, top  up Iman di dalam diri, dan redeem pahala sebanyak mungkin. 
 
Sekian, yang baik hanya dari Allah SWT, dan yang kurang baik, daripada kelemahan diri saya sendiri. Semoga bermanfaat. Terima kasih. 

RAIHAN BINTI ABD KARIM 
Pegawai Integriti /Certified Integrity Officer (CeIO)
UTM Pejabat Penasihat Undang-Undang / UTM Chambers of The Legal Adviser
Sultan Ibrahim Chancellery Building
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
81310 UTM Skudai
Johor Darul Ta’zim
MALAYSIA.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *