Tadabbur Al Quran – Ustaz Baharuddin Ayudin 06.06.16

Surah Ali Imran [3:110]

 

كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَّهُم ۚ مِّنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik.

 

Siapakah umat terbaik?

 

Al Quran ialah sumber ilmu.  Ilmu yang mempunyai kekuatan.  [14:1] dalil Al Quran diturunkan untuk mengeluarkan umat manusia dari kegelapan dan kesesatan.

الر ۚ كِتَابٌ أَنزَلْنَاهُ إِلَيْكَ لِتُخْرِجَ النَّاسَ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ بِإِذْنِ رَبِّهِمْ إِلَىٰ صِرَاطِ الْعَزِيزِ الْحَمِيدِ

Alif, Laam, Raa’. Itulah Kitab (Al-Quran) Kami turunkan dia kepadamu (wahai Muhammad), supaya engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman – dengan izin Tuhan mereka – ke jalan Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Terpuji.

Sumber Al Quran ialah dari luh mahfuz.

Kitab ialah himpunan perkataan yang ditulis oleh Qalam [68:1]:

ن ۚ وَالْقَلَمِ وَمَا يَسْطُرُونَ

Nuun. Demi Pena dan apa yang mereka tulis, –

Apa yang qalam tulis?  Takdir kita.

 

[38:29]  Al Quran ditulis oleh qalam dan diturunkan kepada kita supaya tidak teraba-raba.

كِتَابٌ أَنزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِّيَدَّبَّرُوا آيَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُولُو الْأَلْبَابِ

(Al-Quran itu) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.

 

[55:1-2]

Tuhan yang maha pemurah yang mengajarkan kita Al Quran.

الرَّحْمَٰنُ

عَلَّمَ الْقُرْآنَ

(Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya.

Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran.

 

[97:1]

إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,

Al Quran diturunkan sebagai ketetapan untuk kita jadi umat terbaik.

Kelebihan Al Quran ialah turunnya Al Quran.

Lailatul Qadar ialah malam yang dianugerahkan kepada orang yang Allah sayang.

Orang yang tidak faham Al Quran berada dalam keadaan terumbang ambing.

Sifat pemurah Allah ialah dengan menurunkan Al Quran.

 

[2:185]

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ ۚ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ ۖ وَمَن كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۗ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.

Bulan Ramadhan ialah bulan Al Quran mula diturunkan.

Hudan ada 19 makna dalam bahasa arab.

Hudan di sini bermaksud keterangan bagi semua manusia.  Al Quran bukan untuk orang Islam sahaja.  Ajarlah Al Quran kepada yang bukan Islam juga.

Kita tak faham Al Quran, kita tak rasa berdosa.  Kita nak pegang Al Quran, kita rasa berdosa kerana tiada wuduk.  Kita sebenarnya telah ditipu oleh syaitan kerana [43:36]:

وَمَن يَعْشُ عَن ذِكْرِ الرَّحْمَٰنِ نُقَيِّضْ لَهُ شَيْطَانًا فَهُوَ لَهُ قَرِينٌ

Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya.

[43:37]  Dan syaitan akan menghalang kita dari jalan yang lurus.

وَإِنَّهُمْ لَيَصُدُّونَهُمْ عَنِ السَّبِيلِ وَيَحْسَبُونَ أَنَّهُم مُّهْتَدُونَ

Dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.

Contohnya:  Kita nak baca Quran tetapi rasa terhalang kerana tiada wuduk.  Sebenarnya tidak perlu wuduk.  Yang suci ialah ajaran Al Quran, bukannya kertas yang ditulis Al Quran itu.

Kita ditipu syaitan dengan 4 perkara:

  1.  Baca Al Quran tanpa faham isi kandungannya sedangkan ia adalah petunjuk ke syurga.
  2. Takut nak pegang Al Quran tanpa wuduk.  Jadinya tidak membaca langsung.
  3. Takut nak ambil Quran apabila terjaga di malam hari kerana Quran kita letak di tempat khas yang tinggi dan mungkin jauh.
  4. Wuran tidak diamalkan.  Hanya di bibir sahaja.

Jika kita tidak beri perhatian kepada Al Quran, syaitan akan perangkap kita.  [58:19] Syaitan telah berjaya memperdayakan mereka hingga mereka lupa akan Al Quran.  Al Quran diturunkan dari Siddatul Muntaha ke Baitul Izzah dan dari situ mengambil masa selama 23 tahun untuk diturunkan ke bumi.  Oleh itu manusia wajib mengambil Al Quran sebagai panduan hidup.

اسْتَحْوَذَ عَلَيْهِمُ الشَّيْطَانُ فَأَنسَاهُمْ ذِكْرَ اللَّهِ ۚ أُولَٰئِكَ حِزْبُ الشَّيْطَانِ ۚ أَلَا إِنَّ حِزْبَ الشَّيْطَانِ هُمُ الْخَاسِرُونَ

Syaitan telah menguasai dan mempengaruhi mereka, sehingga menyebabkan mereka lupa mengingati (ajaran dan amaran) Allah; mereka itulah puak Syaitan. Ketahuilah! Bahawa puak Syaitan itu sebenarnya orang-orang yang rugi.

 

[6:115]

وَتَمَّتْ كَلِمَتُ رَبِّكَ صِدْقًا وَعَدْلًا ۚ لَّا مُبَدِّلَ لِكَلِمَاتِهِ ۚ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Dan telah sempurnalah Kalimah Tuhanmu (Al-Quran, meliputi hukum-hukum dan janji-janjiNya) dengan benar dan adil; tiada sesiapa yang dapat mengubah sesuatupun dari Kalimah-kalimahNya; dan Dia lah yang sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Mengetahui.

Kalimat di sini bererti perintah-perintah.

Allah maha mendengar lagi maha mengetahui.

Perintah-perintah ini membentuk jati diri muslim.

 

[2:138]

صِبْغَةَ اللَّهِ ۖ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ صِبْغَةً ۖ وَنَحْنُ لَهُ عَابِدُونَ

(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: “Ugama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat”.

صِبْغَةً = acuan

Kalau acuan kita tidak ada ramuan Al Quran, macamana kita nak jadi umat terbaik?

Acuan umat terbaik ialah dari acuan Allah.

Jika kita cakap sahaja kita ikut tapi sebenarnya kita tak buat pun.  Ini bermakna kita berpura-pura.  Yang menakutkan ialah ini sifat munafik kerana tidak terima Al Quran.

Hari-hari kita engkar pada Allah.  Ini ialah sifat munafik.

Patutkah kita engkar pada Allah sedangkan kita duduk di atas bumiNya dan di bawah langitNya.

 

Kalau kita abaikan Quran, kita tidak masuk syurga [7:40]:

إِنَّ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا وَاسْتَكْبَرُوا عَنْهَا لَا تُفَتَّحُ لَهُمْ أَبْوَابُ السَّمَاءِ وَلَا يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ حَتَّىٰ يَلِجَ الْجَمَلُ فِي سَمِّ الْخِيَاطِ ۚ وَكَذَٰلِكَ نَجْزِي الْمُجْرِمِينَ

Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah) Kami dan yang angkuh (merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk Syurga sehingga unta masuk di lubang jarum dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang melakukan kesalahan.

Sesiapa yang mendustakan ayat-ayat Quran dan sombong dengannya:

  • amalan tidak diterima
  • tidak masuk syurga

Orang yang tidak pedulikan Al Quran ialah seorang penjenayah.  Dia berada di dalam kelumpuk syaitan tanpa disedarinya.

 

Allahu a’lam

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *