Sangat berbangga kerana hari ini wakil Malaysia berjaya mendapat tempat kedua untuk ketegori Skill Challenge di Junior Category, School Robot Challenge, Trial Competition 2017 sempena World Robot Summit di Tokyo, Jepun.
Mereka terdiri daripada :-
1) Hafiz Maznan, 16 tahun dari SMK Padang Tembak
2) Muhammad Hariz Mohamad Tarmidzi, 14 tahun dari SMK Aminuddin Baki
3) Kishan Kumar V. Siva Kumar, 16 tahun dari St. John Institution
4) Danial Faiz Mokhtar, 16 tahun dari SMK Padang Tembak
Video latihan mereka di Jepun:
https://www.youtube.com/watch?v=VcyuBXj37lk
https://www.youtube.com/watch?v=gOoHVI71pFM
Video pertandingan (maaf kualiti tak berapa baik):
https://www.youtube.com/edit?o=U&video_id=es-XhMM5trg
Gerak kerja untuk menubuhkan pasukan robotik yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah telah dilakukan oleh Dr. Mohd Azizi Abdul Rahman dari MJIIT-UTM dengan kerjasama Pn. Ramona Abd. Rahim dari CCIN, UTM sejak awal Jun 2017.