Category Archives: UTM News

4 harumkan nama negara di Jepun

11 September 2017 3:00 AM
Dari kiri, Hafiz Maznan, pengiring pelajar, Syed Uthman Affan
Dari kiri, Hafiz Maznan, pengiring pelajar, Syed Uthman Affan Syed Abdul Halim, Danial Faiz Mokhtar, Kishan Kumar dan Muhammad Hariz Mohamad Tarmidzi yang mewakili Malaysia dalam WRS Junior School Robot Challenge Trial Competition 2017 di Tamagawa Academy & University, Jepun, baru-baru ini.

Mereka dipilih mewa­ki­li negara oleh Universiti Tek­nologi Malaysia Kuala Lumpur (UTMKL) melalui Pusat Ja­ringan Komuniti dan Industri (CCIN) dan Malaysia Japan International Institute Of Technology (MJIIT) untuk menyertai WRS yang diadakan sempena Sukan Olimpik di Tokyo, Jepun pada tahun 2020 nanti.

“Walaupun pasukan kami baru ditubuhkan namun dapat bekerjama dengan baik sehingga berjaya di peringkat antarabangsa,” kata pelajar Sekolah Mene­ngah Kebangsaan (SMK) Padang Tembak, Kuala Lumpur ini.

Hafiz dan Danial Faiz dari sekolah yang sama manakala Muhammad Hariz adalah pelajar SMK Aminuddin Baki dan Kishan di SMK St. John’s.

Pasukan ini diselia dan dibimbing oleh Pensyarah Kanan MJIIT, Dr Mohd Azizi Abdul Rahman dan guru SMK Padang Tembak, Ruhil Nazian Nawang.

Sementara itu, Pengetua SMK Padang Tembak, Zubidah Md. Yunos berkata, kejayaan dua pelajarnya merupakan kesi­nambungan menyertai pelbagai pertandingan berkaitan inovasi dan penyelidikan di peringkat zon, negeri mahupun kebangsaan.

Artikel Penuh diperolehi daripada: http://www.utusan.com.my/pendidikan/4-harumkan-nama-negara-di-jepun-1.524947#ixzz4sVmOmuYJ
© Utusan Melayu (M) Bhd

UTM, Asia Top 10 Young University

 

Unsurprisingly for a continent of its size, Asia has a large number of universities to choose from, with a significant number included in the QS World University Rankings® 2018. While many prestigious Asian universities date back to the 19th or early 20th century (if not before), the region is also home to many fast-rising young institutions.

In fact, Asia boasts six uninterrupted places at the top of the QS Top 50 Under 50 2018, which showcases the world’s top universities under 50 years old.

A total of 21 young universities in Asia are included in the Top 50 Under 50, more than any other region. This includes universities from across the continent, in both the far east and the far west of Asia, including countries such as Israel, the United Arab Emirates and Qatar. Out of all the Asian countries featured, Hong Kong and Malaysia each have the most entries (four each), with all but one of Hong Kong’s representatives appearing in the top 10.

UTM is ranked at number 10 in the list of top 10 young universities in Asia in 2018, 21st in the Top 50 Under 50 and 253rd in the world this year. A research-intensive university, UTM was established in 1972 and specialises in engineering, science and technology. It is located in Kuala Lumpur and Johor Bahru and aims to be a world-class centre of academia and technological excellence.

Source: QS World University Rankings

MJIIT Cemerlang di Pertandingan High School Junior Robotic@World Robot Summit (WRS)

 

Tokyo, Japan 6 Ogos 2017 – Penekanan teras strategik di universiti ditumpukan dalam konteks memanfaatkan kepakaran yang ada di universiti untuk kebaikan komuniti yang lebih besar.  Bukan sekadar teori dan pembelajaran, Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTMKL) melalui Pusat Jaringan Komuniti dan Industri (CCIN) dan Malaysia Japan International Institute of Technology (MJIIT) dengan kerjasama Drabot telah menubuhkan pasukan pelajar sekolah di bawah 18 tahun untuk mewakili Malaysia bagi menyertai pertandingan percubaan  High School Junior Robotic @ World Robot Summit (WRS) di Tamagawa Academy & University, Jepun pada 2 – 6 Ogos 2017 yang lalu.

WRS akan diadakan sempena Sukan Olimpik di Tokyo, Jepun pada 2020, oleh itu pihak WRS akan mengadakan pertandingan percubaan (trial competition) setiap tahun sehingga 2020. Gerak kerja pencarian bakat – bakat muda untuk menubuhkan pasukan robotik yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah telah dilakukan oleh UTMKL sejak awal Jun 2017 dibawah selian Dr. Mohd Azizi Abdul Rahman pensyarah kanan MJIIT. Hasilnya satu pertandingan tertutup telah berlangsung pada 7 Julai 2017 bertempat di UTMKL bagi memilih 4 pelajar terbaik yang akan mewakili Malaysia ke pertandingan percubaan tersebut . Sekolah-sekolah yang telah disenarai pendekkan bagi menyertai pertandingan pemilihan tersebut terdiri daripada SMK Padang tembak, SMK Aminudin Baki, SMK Seri Gombak dan St. John’s Institution. Pelajar yang terpilih adalah seperti senarai nama berikut :

1) Hafiz bin Maznan, 16 tahun dari SMK Padang Tembak
2) Muhammad Hariz bin Mohamad Tarmidzi, 14 tahun dari SMK Aminuddin Baki
3) Kishan Kumar V. Siva Kumar, 16 tahun dari St. John Institution
4) Danial Faiz bin Mokhtar, 16 tahun dari SMK Padang Tembak

Pada kali ini terdapat 10 pasukan dari seluruh dunia mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut iaitu Tamagawa Academy(Japan), Sagami Women’s University Junior & Senior High School (Japan), Kanagawa University High School (Japan), Deutsche Schule Tokyo Yokohama (Japan) Hanoi-Amsterdam High School for the Gifted (Vietnam), Malaysia Japan International Institute of Technology (Malaysia), Thai-Nichi Institute of Technology (Thailand), Merrimac State High School (Australia), Metis Montessori Lyceum (Netherlands) dan Independent Team (USA).

Penyertaan kali pertama ini tidak menghampakan apabila wakil Malaysia telah berjaya mendapat tempat kedua untuk ketegori Skill Challenge di Junior Category, School Robot Challenge, Trial Competition 2017 sempena World Robot Summit di Tokyo, Jepun. Keputusan penuh pertandingan adalah seperti berikut :

Skill Challenge

  • 1st – Merricmac State High School (Australia)
  • 2nd – Malaysia Japan International Institute of Technology (Malaysia)
  • 3rd – Independent Team (USA)

Open Challenge

  • 1st – Merricmac State High School (Australia)
  • 2nd – Independent Team (USA)
  • 3rd – Sagami Women’s Universiti Junior&Senior High School (Japan)

CCIN mengucapkan setinggi – tinggi TAHNIAH kepada rakan-rakan komuniti dan semua yang terlibat  diatas segala kerja keras bagi merealisasikan pencapaian ini. Sebarang pandangan serta idea dalam usaha membantu memanfaatkan kepakaran universiti boleh dipanjangkan kepada pihak urusetia di talian 03-26154500 – Encik Hazly bin Ja’apar.

WORLD ROBOT SUMMIT 2017 – Junior Trial

Sangat berbangga kerana hari ini wakil Malaysia berjaya mendapat tempat kedua untuk ketegori Skill Challenge di Junior Category, School Robot Challenge, Trial Competition 2017 sempena World Robot Summit di Tokyo, Jepun.

Mereka terdiri daripada :-
1) Hafiz Maznan, 16 tahun dari SMK Padang Tembak
2) Muhammad Hariz Mohamad Tarmidzi, 14 tahun dari SMK Aminuddin Baki
3) Kishan Kumar V. Siva Kumar, 16 tahun dari St. John Institution
4) Danial Faiz Mokhtar, 16 tahun dari SMK Padang Tembak

Video latihan mereka di Jepun:
https://www.youtube.com/watch?v=VcyuBXj37lk
https://www.youtube.com/watch?v=gOoHVI71pFM

Video pertandingan (maaf kualiti tak berapa baik):
https://www.youtube.com/edit?o=U&video_id=es-XhMM5trg

Gerak kerja untuk menubuhkan pasukan robotik yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah telah dilakukan oleh Dr. Mohd Azizi Abdul Rahman dari MJIIT-UTM dengan kerjasama Pn. Ramona Abd. Rahim dari CCIN, UTM sejak awal Jun 2017.

sumber dari: http://ccin.utm.my/2017/08/07/world-robot-summit-2017/

Times Higher Education Asia-Pacific Ranking 2017: UTM joint top university in Malaysia

 

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) was ranked the top university in Malaysia in joint position with Universiti Putra Malaysia according to the Times Higher Education’s inaugural Asia-Pacific University Ranking 2017. The ranking came from the analysis of thousands of universities across 38 different nations in East Asia, Southeast Asia and Oceania, which includes prestigious universities from Australia and New Zealand.

The ranking uses the same performance indicators as the THE World University Rankings 2016-17. However the weightings are specially recalibrated to reflect the priorities of institutions in the Asia-Pacific region, making it a more accurate indicator of the dynamism of the rapidly growing higher education market in the region.

The performance indicators are grouped into five areas: Teaching (the learning environment), Research (volume, income and reputation), Citations (research influence), International outlook (staff, students and research), and Industry income (knowledge transfer).

For UTM to have attained the highest joint rank in Malaysia at 121-130 is an achievement that is largely attributed to the strong commitment by UTM faculty members, staff and students, and reflects the motto of the Malaysian Ministry of Education “Soaring Upwards”.