Pada 30 hingga 31 Januari 2019 telah berlangsung bengkel Bahasa Pengaturcaraan PHP bagi guru Sains Komputer Daerah Johor Bahru. Bengkel selama dua hari ini telah di adakan di SMK Bandar Baru Uda. Sebanyak 13 buah sekolah yang terlibat dalam bengkel ini dimana bengkel ini mendedahkan kepada guru-guru subjek SK tentang bahasa Pengaturcaraan PHP yang akan digunakan dalam kerja kursus SK tingkatan 5.
Archives for January 2019
AJK Penyampaian Hadiah Cenderamata & Sijil (Hari Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 16 Sesi 2019/2010 dan Majlis Anugerah Kecemerlangan Tahun 2018)
Untuk Majlis yang di adakan setiap awal tahun ini bagi, saya telah di lantik untuk menjadi AJK bahagian Hadiah & Cenderamata. Program ini telah berlangsung pada 26 Januari 2019 (Sabtu) dimana ianya bertujuan melantik Ahli Jawatankuasa PIBG SMKTDS bagi tahun 2019 dan juga sekaligus memberi penghargaan kepada pelajar-pelajar yang telah cemerlang dalam keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2018. Majlis telah dirasmikan oleh Yb Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly Bin Ahmad (Exco Kerajaan Negeri Johor).


AJK Dokumentasi (Sambutan Maulidur Rasul 1440 Hijrah)
Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah SMkTDS telah di adakan pada 24 Januari 2019 (Khamis) bertempat di Surau As-Sakinah SMK Taman Desa Skudai. Untuk sambutan ini, saya telah di amanahkan untuk menggalas AJK Dokumentasi dimana saya perlu menyediakan laporan akhir untuk di serahkan kepada Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM). Sehubungan dengan itu, saya mengambil gambar dari unit majalah sekolah bagi mengjasilkan laporan tersebut.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW oleh semua guru dan pelajar Islam yang hadir. Majlis diteruskan dengan penyampaian ceramah khas dari penceramah jemputan iaitu Ustaz Mohd Rashidi bin Khairuddin dari SMK Kota Kulai untuk sesi pagi. Bagi sesi petang pula ceramah di sampaikan oleh Ustaz Hazman bin Ismail. Majlis tamat pada jam 9.30 pagi bagi pelajar sesi pagi dan 2.30 petang bagi pelajar sesi petang dan diakhiri dengan jamuan.




My First PhD Student: Nurul Nadwa
Guru Bertugas Minggu 3, Minggu 19 dan Minggu 35
Tugas pertama yang digalas adalah Guru Bertugas Minggu 3 iaitu sepanjang 13 Januari sehingga 17 Januari 2019. Kemudian giliran menjadi guru bertugas mingguan juga telah di galas pada minggu 19 (12 Mei hingga 16 Mei) dan Minggu 35 (22 September hingga 26 September). Setiap minggu seramai 4 orang guru bertugas akan bergilir-gilir dalam melakukan tugasan seperti menjaga pintu pagar Sekolah A atau B, Mengelola perhimpunan pagi dan juga menjaga kantin semasa waktu rehat menengah rendah dan menengah atas. Pengalaman menjadi guru bertugas ini memberikan saya pengalaman dalam menjaga kawalan disiplin sekolah secara keseluruhan setiap hari

Jadual Guru Bertugas Minggu 3 & Minggu 19



Guru Kelab STEM Dan Teknologi Hijau
Kelab STEM & Teknologi Hijau merupakan salah satu kelab dan persatuan yang terdapat di SMKTDS. Perjumpaan kelab ini akan di adakan pada setiap hari rabu jam 7.30-9.00 pagi. Pelbagai aktiviti telah disertai sepanjang tahun 2019. Antaranya aktiviti pembinaan Model Hidrolik yang menjadi salah satu projek utama bagi persatuan ini. Melalui projek ini pelajar perlu menghasilkan satu Model Hidrolik yang dapat berfungsi seakan-akan model sebenar. Pelajar akan melalui beberapa fasa seperti fasa perancangan di awal tahun, fasa eksplorasi sehingga ke fasa penilaian di hujung tahun 2019. Selain itu, antara aktiviti lain yang telah dilakukan semasa perjumpaan adalah Smart SODOKU, IQ Test, Balance Test dan sebagainya



Ahli Kelab KEBIRUS SMKTDS
Sepanjang tahun 2019 ini, saya berpeluang menjadi Ahli Kelab KEBIRUS SMKTDS. Fungsi Kelab Bilik Guru dan Staf (KEBIRUS) adalah untuk menjalankan aktiviti atau program bagi mencapai tujuan-tujuan kelab seperti :
- Membantu dan memajukan perkembangan guru-guru dan staf sokongan serta menjaga kebajikan mereka.
- Meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara guru-guru dan staf sokongan serta sekolah.
Berikut merupakan Berikut adalah senarai ahli jawatankuasa KEBIRUS yang telah dilantik dalam mesyuarat agung tahunan 2019.
| Penasihat | Puan Hjh Siti Kamilah Binti Kamar |
| Pengerusi | Mohd Fadzli Bin Mohd Isman |
| Naib Pengerusi | Mursyidah Binti Ismail |
| Setiausaha | Haslina Binti Che Ghazali |
| Bendahari | Khireen Nita Binti Abdul Kamadin |
| Naib Bendahari | Marsila Binti Minhad |
| Ketua Bilik Guru 1 | Halizah Binti Beiamin |
| Ketua Bilik Guru 2 | Megala A/P Kalimuthi |
| Biro Aktiviti dan Rekreasi | Azlan Hanif Bin Zakaria |
| Noraisah Binti Muhari | |
| Mohd Hairi Bin Rahim | |
| Biro Penajaan dan Hadiah | Muhammad Suhaimi Bin Ab Samad |
| Norhayati Binti Nasir | |
| Nurul Atiqah Binti Parok | |
| Dr. Noor Dayana Binti Abd. Halim | |
| Biro Kebajikan | Mohd Amin Bin Yaacob |
| Shek Kwai Fun | |
| Biro Jualan dan Promosi | Nor Aida Binti Muhammad Sum |
| Wee Ah Ma | |
| Biro Keceriaan | Kang Shu Ping |
| Biro Tugas Khas | Khairul Nizan Bin Kamaruzaman |
Sepanjang tahun 2019, pelbagai aktiviti menarik yang telah berjaya dilaksanakan. Antara aktiviti yang dilaksanakan seperti berikut :
| Bil | Aktiviti |
| 1 | Farewell Parties (Cik Siti Normah, En. Damanhuri, Pn. Amalina, Cik Teo, Pn. Rashidah dan Ust. Hazman) |
| 2 | Hiking Tasek Biru di Awan Pelangi |
| 3 | Fun Run Thor |
| 4 | Deco-deco bersama KEBIRUS (Ruang Rehat) |
| 5 | Sambutan Hari Guru Get Fit Be Healthy |
| 6 | Jualan KEBIRUS Lai Lai |
| 7 | Mini Family Day Flower Power |
| 8 | Selamat Hari Jadi Sayangku |
| 9 | Wonderpets Gotong Royong |
| 10 | Anakmu Anakku Jua (1st born infant) |
| 11 | Sumbagan Kasih / Lawatan GET WELL soon |
| 12 | Lambaian Kasih Sanjungan Budi (Pn. Hjh Norlida & Pn. Hjh Hasmah) |
| 13 | Potluck POTPET |
| 14 | ANNUAL HI TEA Dikaulah Bintang |
Alhamdulillah, dengan kerjasama dan pertolongan semua ahli jawatankuasa KEBIRUS sekolah saya dapat memperoleh pengalaman beharga dalam keterlibatan untuk program-program yang telah di anjurkan]









