Sometimes, when we’re tired, we start questioning why we do all this for others…. Sometimes, when we’re worried, we start to blame each others Sometimes, when we stress, we change to a worst character…
If this happen, please stop doing everything… Get a full rest… Ease your mind… Selawat, Solat and get a good sleep… Hopefully, u’ll feel much better, tomorrow… Then, u can start all over again… and InsyaAllah… The stress will gone, The worried will gone, And… u will be relax and fresh…to finish whichever u need to do.
Ingat ye, duit yang pada kita tu sebahagiannya adalah hak orang lain. Baik kita serahkan pada yang sepatutnya. Tahun 2013 ni, nisab adalah sebanyak RM13,140. Ikut nilai emas. Tahun depan mungkin turun, mungkin naik. Kalau belum cukup nisab, tak payahlah yea.
Nak kongsi maklumat ni sebab nak ingatkan diri sendiri. Selamat berehat 🙂
Kalau ada Majlis kenduri kahwin yang jauh… Kena balik bermalam. Pastikan anda tinggalkan baju kurung kat rumah. Nescaya, boleh pujuk En Suami belikan baju kurung readymade dekat kawasan berdekatan. Mesti dapat punyalah…
Cuma, ada syarat.
1. Saiz anda dengan ibu mertua, adik atau kakak ipar tak sama 🙂 2. Kenduri rumah belah suami
Alhamdulillah, cuti raya tahun ni serentak dengan cuti semester. Jadi, dapatla kami pensyarah dan staf bukan akademik bercuti panjang sikit. Setelah cuti panjang raya tahun ni, hari ni kena naik kerja dan kena start buat kerja yang dijanjikan. First step adalah, bersihkan bilik yang lama kena tinggal semasa kat ke pejabat lama.
Langkah 1 : buang semua surat, dokumen, kertas rujukan dan pelbagai barang yang telah tidak diperlukan lagi.
Fasa ni memang lama. Nak kena tengok setiap dokumen dan timbang tara samada ia penting untuk disimpan atau tidak.
Pastikan anda sediakan kotak dan plastik untuk buang segala bahan yang semakin memenuhkan bilik, ye.
Langkah 2: susun semula dokumen ke dalam fail atau ruangan yang mudah diakses jika diperlukan semula.
Sila pastikan ada tanda nama pada fail supaya senang nak cari semula. Tapi kadang-kadang, selepas susun pun, susah juga nak cari. Jangan lupa, sediakan ruang kosong untuk isi dokumen baru lepas ni pula…
Langkah akhir : Bersihkan habuk dimeja, lantai dan kawasan sekitar bilik.
Kesian bilikku ini… lama tak dipedulikan. Masa student ajak amik gambar masa hantar thesis sem lepas… kami ambil gambar close up je. Sembunyikan segala clutter kat bilik aku ni… hihihi
Ni, kalau tak…. penuh dengan kertas jek.
Nasib baik dah beli pc ni. Kalau tak… terpaksalah aku mengangkut laptop gi kerja hari-hari. Tak larat dah bahu ni nak mengangkat bag…
Dah kosong dan kemas… Susunatur bilik…. lain kalilah. Penat dah ni.
Harap-harap, boleh membantu aku menghayati tugas dengan lebih baik. InsyaAllah.
Pagi tadi, No 2 tolong basuh pinggan. Bermakna, bajunya akan basah, lantai akan basah, susunan pinggan di rak akan berterabur dan aku kena basuh semula pinggan tersebut.
Kalau aku basuh, tak basah, tak bersepah dan cepat siap. Jadi, kenapa susah payah suruh dia basuh pinggan?
No 1 aku suruh rendam kasut. Dia ambil baldi, letak kat paip air. Kasut tak masuk, sabun tak letak. Kasut, ada dekat rak tak bergerak pun. Aku suruh juga dia buat bila aku perasan baldi tu kosong. Sambil dengar aku membebel, dia ambil kasut dan letak dalam baldi berisi air.
Kalau aku buat, lebih cepat dan tak perlu membebel? Kalau dia basuh pun, aku tetap kena basuh semula… Jadi, kenapa susah payah suruh dia buat?
Sebab… nak mendidik dia supaya tahu bantu buat kerja rumah. Kena juga beri galakan, dan bersabar. Esok-esok… baju dah tak basah. Pinggan dah elok tersusun di rak. Kasut dah siap berjemur dan dikapur…