ya Allah….Kekalkanlah keharmonian di tanah tumpah darahku ini …. aminnnn
Program ‘Fire Drill’ dan Pencegahan Kebakaran peringkat Fakulti
Pada 20 Ogos 2014 (Rabu), Fakulti Pendidikan UTM dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat (Cawangan Taman Universiti) telah melaksanakan program “Fire Drill” bagi memberikan maklumat dan latihan kepada staf mengenai perkara-perkara yang perlu dilaksanakan sekiranya berlaku kebakaran.
Langkah-langkah awal yang perlu dibuat jika berlaku kebakaran
1. Bunyikan loceng kecemasan / pengumuman
2. Keluar daripada rumah/bangunan ( pastikan ada floor plan)
3. Cuba padamkan kebakaran/kawal dengan peralatan sedia ada ( jika kecil) – kalau pada organisasi, urusan ini adalah wakil ERT yang telah diberi latihan
4. Telefon bomba (Call 999 atau no balai bomba paling dekat)
5. Kosongkan kawasan di hadapan rumah atau bangunan yang terbakar. Berkumpul di tempat selamat ( lebih kurang 100 meter dari kawasan kebakaran).
6. Jangan berpatah balik selagi belum disahkan selamat.
7. Jangan ambil risiko.
Program satu hari ini dipenuhi dengan pelbagai maklumat yang perlu buat semua staf fakulti sekiranya berlaku kebakaran oleh Pegawai Bomba En Fadhil Hj Mohammad.
Latihan pengungsian bangunan turut dibuat untuk memberi pengalaman sebenar temasuk dengan kehadiran kereta bomba sebenar.
Terima kasih Jabatan Bomba atas maklumat dan penerangan untuk kebaikan kami semua di Fakulti Pendidikan. Semoga khidmat anda semua sentiasa dilindungi oleh Allah.
souvenior from korea
A souvenior from my student… brought back from Korea. She went there for a month, doing her summer school. Partly sponsored by Universiti Teknologi Malaysia. Check out how and many interesting story when she’s there in her blog
http://adiradhiah.blogspot.com
Thank you Radhiah… 🙂
Salam Aidilfitri
Assalamualaikum….
الله اكبر، الله اكبر، الله اكبر
لااله الاالله والله اكبر
الله اكبر ولله الحمد.
“SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATHIN”
Daripada Norah dan Ghazali sekeluarga.
Semoga semua amalan kita sepanjang ramadhan tahun ini diterima oleh Allah. Aminnnn.
Motivasi 12
For me and you…
Ngeri memandang bila sampai di pertengahan jalan… tapi perlu diteruskan jua kerana hanya dipuncak itulah kejayaan yang kita impikan. Ya Allah, kau mudahkanlah perjalanan hambamu ini. Aminnnn….
Salam Ramadhan 1435H
Selamat menjalani ibadah puasa buat semua umat islam di seluruh dunia. Jangan lupa niat ye >__<
Motivasi 13
Note : for me and for u…
Motivasi 11
Note : for me and for u…
Keputusan rayuan permohonan ke IPTA boleh disemak mulai hari ini
Keputusan rayuan permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Politeknik Premier bagi program Pengajian Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf boleh disemak mulai hari ini melalui laman web berikut
http://upu.moe.gov.my
https://jpt.utm.my
http://jpt.uum.edu.my
https://jpt.unimas.my
http://jpt.ums.edu.my
Pelajar juga boleh menyemak keputusan rayuan ke IPTA dengan menghubungi Hotline 03-8870 6767, Helpline 03-8870 6777, talian am 03-8870 6755/6766 atau menerusi khidmat pesanan ringkas dengan menaip UPU RESULT [nombor kad pengenalan] dan hantar ke 15888.
Semoga permohonan anda berjaya terutamanya yang akan mendftar di UTM. InsyaAllah anda akan mengalami suasana pembelajaran yang menarik.
Panggilan Temuduga Permohonan Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS) Kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) 2014
Ingat tak mengenai Permohonan Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS) Kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) 2014 yang saya maklumkan dalam post sebelum ini :
Dah boleh semak samada dapat panggilan temuduga atau tidak pada laman beikut
http://apps.moe.gov.my/ehlp/ehlps/temuduga/
Bagi yang berjaya, satu langkah lagi. Bagi yang tak dipanggil, InsyaAllah boleh cuba lain kali.