Kursus elearning@UTM

Beberapa hari ni, saya bertugas sebagai fasilitator bagi kursus elearning di Makmal Komputer, UTMLead.

image

Pengisian kursus adalah berkaitan dengan cara menggunakan moodle sebagai LMS di UTM. Saya juga berkongsi cara bagaimana menggunakan kemudahan yang ada untuk menarik minat pelajar menggunalan elearning dalan pembelajaran.

image

Bersama dengan saya untuk kursus 3 hari ini adalah Dr Murtdaha ( Fakulti Komputeran), Dr Mohd Nihra Haruzuan (Fakulti Pendidikan), Prof Madya Hanizam Sulaiman dan Prof Dr Mohamed Noor Hassan.

Semoga ilmu yang dikongsikan membawa manfaat bersama.