Jamuan raya di UTMLead

Terima kasih atas jemputan UTMLead ke Majlis Sambutan Aidilfitri pada 2 Julai 2018 yabg lalu. 2 tahun memegang jawatan sebagai Pengurus IT UTMlead dan 2 tahun sebelumnya sebagai Pengurus IT CTL ( sebelum CTL bergabung dengan CALPD) me niggalkan banyak kenangan manis.

Terasa meriah sekali majlis bila muka-muka baru dan lama bertemu semula.

Sayangnya Prof Mohamed Noor, Prof Baharuddin Aris dan Tn Haji Yahya Samian tak dapat bersama semasa majlis kali ini… my mentor … my sifu. Semoga berada dalam keadaan sihat sentiasa.

Semoga UTMLead akan terus berkembang sebagai satu pusat yang penting di UTM.

Bengkel Web 2.0 for Teaching andLearning : Social Media and Blog

Pada 15 Mei 2017, UTMLead telah mengadakan bengkel Web 2.0 for Teaching & Learning yang memfokuskan kepada penggunaaan Social Media dan Blog. Bengkel melibatkan pensyarah daripada pelbagai fakulti di UTM. Penceramah bagi bengkel ini adalah Dr Noor Dayana Halim dan saya sendiri (Norah Md Noor)

Image showing few people communicate

Bengkel ini merupakan siri latihan yang disediakan oleh UTMLead dibawah Pusat Pengajaran dan Pembelajaran, UTMLead bagi membantu meningkatkan kemahiran pensyarah-pensyarah di UTM merujuk kepada penggunaan Teknologi.

Kursus ini pernah dijalankan pada tahun 2016.

 

Cara menulis blog post menggunakan aplikasi mudahalih

Langkah pertama untuk menulis blog formal UTM menggunakan aplikasi mudahalih adalah… kena ada WordPress for Mobile Apps.
Install dalam handphone dan setkan id dan password yang diberikan oleh admin fakulti.

Kemudian, dah boleh mula menulis post terkini.

image

Gambar boleh terus diambil daripada handphone masing-masing.
Kemudian, masukkan kategori dan tag. Dah boleh published.

Kalau nak tahu lebih lanjut, mari masuk kursus Web 2.0 for T&L : Social media and Blog

Kursus Teaching and Learning using BLOG

Hari ini, CTL UTMLead mengadakan Kursus “Teaching and Learning using Social Media dan Blog”.

socialmedia

Kursus melibatkan 2 orang Fasilitator iaitu Dr Noor Dayana Halim dan saya sendiri Dr Norah Md Noor. Peserta yang terlibat adalah daripada pelbagai fakulti seperti Fakulti Sains, Fakulti Pengurusan, Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Tenaga, Fakulti Pendidikan, UTM Razak dan lain-lain.

Nota bagi kursus ini boleh dicapai pada link berikut:

  1. Blog for Teaching and Learning
  2. Introduction to Social Media in Education

Sinopsis Kursus . aturcara-kursus-web-2-0-social-media-blog-oktober

Sinopsis KSave