Minggu-minggu terakhir kuliah

Minggu depan dah minggu ke 14 kalendar akademik. Selain kena habiskan kuliah, kena semak tugasan pelajar.

Untuk subjek komputer terutamanya pengaturcaraan, minggu-minggu terakhir ini kritikal kerana pelajar menyiapkan projek masing-masing. Maknanya masa2 ni wassap dan elearning akan ada banyak aktiviti pelajar bertanya macamana nak selesaikan masalah projek masing2.

Bagi sesetengah pensyarah lain, bukanlah sesuatu yang digemari bila pelajar personal mesej mereka. Tapi sebaliknya bagi saya. Saya sangat suka jika pelajar bertanya tentang tugasan. Ini bermakna pelajar saya dalam proses pembelajaran. Dan… jika mereka berjaya menyiapkan projek dengan baik… Alhamdulillah.

#Saya bukan pengajar. Saya adalah pendidik.

Selamat hari guru 2018

Buat semua bekas guru2 dari tadika, sekolah rendah, menengah hinggalah ke PhD … Terima kasih.

Buat semua bekas pelajar yang kini menyandang tugas mendidik anak bangsa … Selamat Hari Guru.

Buat semua rakan-rakan pensyarah… semoga ilmu yang kita sampaikan membawa kebaikan kepada pelajar kita dalam kerjaya mereka akan datang…

Dan… selamat hari guru buat diri ini. Semoga Allah lindungi hati daripada sifat yang buruk dan kekal ikhlas dalam menyampaikan ilmu.

Peperiksaan akhir semester 1 sesi 16/17

Salah satu tugas pensyarah adalah jaga exam. Nak kena pastikan pelajar hadir ke tidak, seksyen betul ke tak, faham soalan ke tidak…

Peperiksaan bukanlah satu hukuman. Ia bertujuan untuk menilai kefahaman pelajar. Jika positif… Alhamdulillah. Jika negatif… kenalah cek balik dimana yang silap. Pada pelajar ke… pada pensyarah ke… pada subjek itu sendiri.

All the best to my student. Kami pensyarah sentiasa harapkan yang terbaik buat semua….

Hari inovasi Fakulti Pendidikan Semester 2 Sesi 2015/2016

Hari ini, saya terlibat sebagai juri untuk produk inovasi yang dipertandingkan dalam program ini.

Hari inovasi Fakulti Pendidikan merupakan program yang mengumpulkan pelbagai produk inovasi pelajar yang mengambil kursus Inovasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran (MPU1003) dan RekaCipta(SPPL4403).

image

Kursus ini membimbing pelajar mencipta pelbagai inovasi bagi membantu menyelesaikan masalah pembelajaran. Walaupun hanya 10 minggu dibimbing untuk membangunkan produk inovasi… jelas dilihat bahawa pelajar fakulti pendidikan, UTM sangat kreatif dan innovatif.

Sebagai salah seorang pensyarah di fakulti ini… saya rasa sangat bangga di atas kepelbagaian produk inovasi yang dihasilkan.

Lihat contoh2 produk dalam gambar2 berikut.

image

image

image

Ada 5 kumpulan penilai yang terdiri daripada pensyarah dan guru dilantik untuk membuat penilaian. Sebagai juri, saya dan 4 pensyarah lagi dikumpulkan bersama bagi menilai 17 produk pelajar. Kami menilai daripada jam 9.30 pagi hingga 12 tengahari.

image

Bukan mudah untuk menilai. Banyak sangat yang hebat. Nak pilih 6 produk sahaja… memang mencabar tugas kami….

Alhamdulillah… kami putuskan secara jemaah… mana yang dapat sokongan majoriti, telah dipilih untuk menerima pingat emas, perak dan gangsa. Sedikit perbincangan apabila terdapat beberapa keputusan yang tidak selari. Keputusan meletak 5 juri dalam setiap kumpulan nampaknya membantu kami mencari persamaan.

image

Mudah-mudahan, keputusan yang kami ambil adalah yang terbaik buat pelajar-pelajar ini. Semoga semua pelajar berpuas hati dengan keputusan akhir pertandingan.

Yang paling penting, harapan pensyarah supaya kursus ini dapat mentransformasikan pelajar-pelajar ini menjadi lebih berdaya saing, kreatif dan inovatif.

Friendship

As lecturers, having lunch together is a difficult task. Most of the time we’ll just grab anything to fill our stomach. Sometimes… we just skip lunch time due to meeting or class schedule.

When we do have a chance to have proper lunch… with fellow colleague… which is seldom happened… it will become a happy moment for us.

image

Luv u all… friendship forever hugssss 😀