Dinding Makmal Sains yang masih belum diubahsuai

Bersama guru-guru pelatih Indonesia yang membantu mengecat dan menampal kertas dinding

Dinding Belakang Makmal Sains yang telah selesai diubahsuai

Dinding Belakang Makmal Kimia yang telah selesai diubahsuai

 

Tugas untuk menceriakan makmal adalah antara tugasan terawal yang diberikan kepada saya dan juga pembantu makmal. Bermula dengan mencari corak yang bersesuaian untuk mengantikan cat pada dinding di belakang makmal sains 1 dan makmal kimia. Setelah memperoleh corak yang bersesuaian dan dipersetujui oleh Guru Kanan Mata Pelajaran Sains dan Matematik, saya dan pembantu makmal mencari bahan bahan yang diperlukan untuk merealisasikan perancangan kami seperti kertas dinding dan beberapa warna cat. Setelah itu, saya meminta pertolongan daripada guru guru pelatih daripada Indonesia untuk mengecat dan memasang kertas dinding. Alhamdulillah , dalam masa seminggu, kerja-kerja mengecat dan menampal kertas dinding dapat kami siapkan. Akhirnya pada 24 April Makmal Sains 1 dan Makmal Kimia telah berjaya diubahsuai dan lebih ceria berbanding sebelumnya.