Kit “Frog and Owl Head” merupakan alat bantu mengajar yang dibangunkan sebagai satu instrumen yang dapat membantu memudahkan pelajar mengingati dan memahami konsep ketangenan dengan betul. Melalui ABM ini, pelajar akan mudah untuk menentukan pusat bulatan, titik dan lengkuk tangen didalam dan diluar bulatan. Kit ”FROG AND OWL HEAD” membantu pelajar mengaplikasikan pengetahuan sedia ada untuk mengingati konsep ketangenan. Disamping itu juga, bahan bantu mengajar ini berbentuk konkrit dan maujud serta dapat digunakan diawal PdP dan semasa menyelesaikan masalah yang berkaitan mengenal pasti titik tangen, pusat bulatan dan lengkung tangen dengan baik. Alat Bantu mengajar ini dibangunkan dan dihasilkan dengan mengintegrasikan Model Inkuiri Terbimbing untuk mengenalpasti soalan bermasalah, membentuk hipotesis, merancang aktiviti kajian, menjalankan kajian, mendapatkan jawapan dan membuat rumusan. Kajian “pilot test” telah dijalankan melibatkan 5 orang guru Lukisan Kejuruteraan dan 20 orang pelajar lukisan kejuruteraan untuk mengesan keberkesanan dan kesesuaian kit ini dalam tajuk Tangen mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan di sekolah. Hasil dapatan yang diperolehi, responden menyatakan kit ini dapat membangkitkan minat dan memudahkan mereka menyelesaikan masalah berkaitan topik Tangen. Kit ini sangat bagus dalam meningkatkan kefahaman dan membantu menyelesaikan masalah berkaitan tajuk tangen serta boleh digunakan pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja ditambah pula dengan kosnya yang murah dan berpatutan.