Pada 9 Ogos hingga 11 Ogos 2018 , Unit Kecemerlangan SMKSPP telah bekerjasama dengan Kolej Tun Dr Ismail Universiti Teknologi Malaysia untuk mengadakan Kem Kecemerlangan Akademik SMKSPP 2018. Kem Kecemerlangan Akademik ini bertujuan untuk
- Memberikan bimbingan secara terancang dalam menjawab soalan-soalan berformatkan SPM.
- Membina semangat motivasi belajar yang tinggi di kalangan peserta.
- Meningkatkan semangat pelajar untuk memasuki universiti dengan membawa mereka secara langsug kehidupan mahasiswa kampus.
Kem ini juga menggunakan perkhidmatan pelajar UTM yang bertindak sebagai fasilitator bagi slot ice breaking, senaman aerobic, waktu solat dan pengurusan pelajar pelajar SMKSPP. Kem ini juga mendapat bantuan daripada Kolej Tun Dr Ismail dari segi penyediaan dewan ceramah dan ruangan sekitarnya.
Menerusi Kem ini pelajar diberikan pendedahan terhadap teknik menjawab soalan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Sains, Matematik, Matematik Tambahan dan perniagaan. Pelajar juga diberikan motivasi bagi membantu mereka untuk bersemangat untuk berjaya dalam SPM. Penceramah penceramah bagi setiap slot adalah terdiri daripada guru-guru cemerlang dan merupakan ketua penanda kertas soalan bagi mata pelajaran tersebut.
Diharapkan dengan berakhirnya kem ini, pelajar terus bersemangat dan beroleh kejayaan dalam SPM 2018.