Pada 22 September 2018, saya dan pelajar SMKSPP dapat menyertai Karnival Kimia 2018 yang diadakan di Fakulti Sains, Universiti Teknologi Malaysia. Walaupun sebenarnya penyertaan telah ditutup awal disebabkan sambutan yang sangat menggalakkan dari sekolah sekolah sekitar Johor. Saya telah merayu kepada pihak penganjur untuk memberikan peluang kepada pelajar di sekolah saya untuk menyertai beberapa acara dalam pertandingan dalam karnival kimia ini. Pada mulanya mereka agak keberatan kerana penyertaan sudah diluar jangkaan mereka, namun setelah berkali kali saya merayu akhirnya permohonan saya dibenarkan namun kami hanya dibenarkan menyertai tiga pertandingan iaitu
- Permainan Jadual Berkala (Periodic Table Game)
- Demonstrasi Kimia (Chem Demo)
- Kimia di dalam Taman (Chemistry in The Garden)
Alhamdulillah dengan kegigihan pelajar mengulangkaji tentang kegunaan herba dalam kehidupan dan berlatih membuat demonstrasi bersama dengan Cikgu Nor Hidayati, mereka berjaya merangkul tempat ketiga bagi pertandingan Chemistry in The Garden dan tempat kedua bagi Chem Demo.
Kenangan ini sangat bermakna untuk pelajar yang menyertai pertandingan dan bermanfaat juga keada pelajar yang menyertai sebagai peserta. Mereka dapat memperolehi pelbagai ilmu yang bermanfaat.