Pada bulan Julai, Panitia Sains dan Matematik telah mengadakan Bulan STEM bagi menggalakkan pelajar SMKSPP untuk minat dalam Sains dan Matematik. Saya telah ditugaskan untuk melaksanakan gimik bagi pembukaan dan juga gimik penutup Bulan STEM.
Bagi gimik pembukaan Bulan STEM saya bersama dengan pelajar 4PTW telah melaksanakan gimik dengan melancarkan payung terjun daripada aras yang paling atas SMKSPP. Payung terjun yang dihasilkan dengan menggunakan plastik sampah dan diletakkan tali serta penutup botol. Alhamdulillah gimik kami berjaya. Naun disebabkan kesibukan menguruskan pelajar gambar ketika payung terjun dilancarkan tidak sempat dirakamkan.
Bagi gimik penutupan Bulan STEM pula, saya dan pelajar 4 SN1 berusaha untuk melancarkan belon api panas. Namun disebabkan kesilapan teknikal belon api panas kami hanya berjaya dinaikkan pada tempoh waktu yang agak singkat. Namun konsep sains dan penghasilannya belon api panas adalah lebih sukar berbanding payung terjun.