“Oh…Otak!” merupakan satu inovasi daripada model pembelajaran otak yang sedia ada iaitu model otak 2D dan 3D yang merangkumi bab pengenalan otak bagi pelajar aliran Sains tingkatan 5. Ia juga boleh digunakan oleh pelajar-pelajar sekolah rendah, menengah dan mahasiswa jurusan Sains yang perlu mempelajari bahagian-bahagian dan fungsi tertentu otak. Antara bahagian yang terlibat ialah Frontal Lobe, Parietal Lobe, Temporal Lobe, Occipital Lobe, Thalamus, Hypothalamus, Medulla Oblongata, Cerebellum dan Cerebrum. Objektif “Oh…Otak!” adalah untuk membantu pelajar dalam mengenalpasti kedudukan dan cara sebutan untuk setiap bahagian otak. Projek ini menggunakan Model ADDIE sebagai rujukan utama untuk membangunkan keseluruhan projek ini. Selain itu, menarik minat pelajar dengan bahan pembelajaran “Oh…Otak!” yang interaktif dan menarik kerana terdapat bunyi, lampu dan butang untuk ditekan. “Oh…Otak!” menggunakan model pembelajaran berasaskan projek iaitu menekankan kolaborasi antara guru dan pelajar dalam mempelopori sesuatu perkara atau topik secara penyempurnaan projek. Kementerian Pelajaran Malaysia (2006) mentafsirkan Pembelajaran Berasaskan Projek sebagai model aktiviti yang keluar daripada amalan bilik darjah yang biasa dan banyak melibatkan gabungan antara disiplin ilmu. Kaedah ini menekankan pembelajaran kendiri serta amalan penerokaan oleh murid. “Oh…Otak!” telah diuji pakai kepada pelajar tingkatan 5 aliran Sains dari SMK Taman Universiti dan hasil kajian mendapati pelajar dapat mengenalpasti dan melabel kedudukan setiap bahagian-bahagian tanpa perlu merujuk buku dan bertanya kepada guru. Sebaliknya, pelajar hanya merujuk module dan model “Oh…Otak!”. Kesimpulannya, “Oh…Otak!” merupakan satu inovasi baru dalam dunia pendidikan dan dapat membantu pelajar dalam mata pelajaran Sains di Malaysia.
PEMBANGUNAN MODEL OH…OTAK, MODULE PENGAJARAN DAN KIT MINI OTAK SEBAGAI ALAT BANTUAN PENGAJARAN
by p-norhaniza | Jan 21, 2020 | My Blog | 0 comments