Pada 12 Julai 2018, SMKSPP menerima kunjungan yang terdiri daripada 6 orang pelajar pertanian, 6 orang guru pertanian dan 2 orang pensyarah terbimbing daripada Pennslyvania State and Hawkeye Community College USA. Program ini adalah hasil kerjasama antara pihak sekolah Sekolah  Pendidikan UTM. Saya bertindak sebagai perantara Bagi UTM dan SMKSPP.

 

Lawatan yang bermula pada pukul 1.00 petang hinggalah 4.00 petang. Ketibaan delegasi USA disambut dengan persembahan silat dan seterusnya mereka dibawa ke bilik mesyuarat bagi acara pembukaan. Acara pembukaan dimulakan dengan ucapan daripada Tuan Pengetua,ucapan wakil dari UTM  dan ucapan wakil dari delegasi USA. Seterusnya delegasi USA terus dibawa ke kelas kelas yang telah ditetapkan untuk mengajar pelajar teknik pertanian yang ringkas dan berkesan. Delegasi USA mengajar pelajar menghasilkan  tanaman menggunakan botol terpakai dan yang uniknya botol tersebut juga diletakkan seekor ikan. Setelah selesai pengajaran, delegasi USA dibawa melawat ke Musolla, Makmal Seni, Bilik Kaunseling dan akhir sekali ke perpustakaan. Di perpustakaan, delegasi USA diraikan dengan Jamuan Hari Raya sebagi tanda penghargaan daripada pihak sekolah.

Bersama Delegasi USA di Bilik Mesyuarat SMKSPP

Bersama guru guru yang menjayakan program ini

Gambar Kenangan dengan Delegasi USA

Salah seorang Delegasi mendemonstrasikan model Akuaponik