Pendekatan abad ke 21 yang disarankan oleh pihak KPM amat menitikberatkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar. Proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar memerlukan pelajar untuk aktif melaksanakan aktiviti sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh pelajar memerlukan bahan- bahan bantu mengajar seperti
Bil | BBM | Kegunaan |
1 | Papan putih | Pelajar menulis jawapan penyelesaian yang diminta oleh guru secara berkumpulan |
2 | White board marker | Membolehkan pelajar menulis intipati perbincangan |
3 | Sticker note | Memberikan peluang pelajar memberikan maklum balas kepada hasil kerja pelajar |
4 | Fail | Menyusun hasil kerja pelajar |
5 | Kertas berwarna | Aktiviti berkumpulan |
6 | Kertas putih | Memudahkan untuk menyalin aktiviti pelajar |
7 | Tanah liat | Aktiviti pembinaan model otak mahu pun struktur atom |
Bagi memudahkan saya untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar seperti inkuiri, PBL dan sebagainya, oleh itu saya telah membiayai pembelian sebahagian daripada bahan bahan diatas. Saya juga akan tinggalkan bahan bahan tersebut walaupun saya tamat latihan ikhtisas.