Pada 17 September sehingga 10 Oktober 2018, SMKSPP sekali lagi  telah menerima seramai 4 orang guru pelatih daripada Universitas Lampong Mangkurat, Indonesia. Program ini dinamakan Sit In Latihan Mengajar Antarabangsa yang dilaksanakan hasil kerjasama antara Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Saya juga telah diamanahkan untuk menjadi pensyarah penyelia guru-guru pelatih yang mengajar bidang Sains, Kimia, Matematik  dan Bahasa Inggeris.  Guru pelatih yang diselia iaitu;

 

  1. Ervina Ulfah (Bahasa Inggeris)
  2. Hafizatul Maulida (Sains)
  3. Salis Fadli (Kimia)
  4. Nurul Hudaniyah (Matematik)

 

Saya telah menyelia mereka setiap seorang dua kali. Kali pertama penyeliaan adalah bertujuan untuk melihat bagaimana amalan pengajaran yang dipraktikkan oleh guru pelatih tersebut. Selepas penyeliaan pertama, saya meminta mereka berjumpa dengan saya untuk berbincang tentang perancanagn pengajaran bagi kelas seterusnya yang akan diselia oleh saya. Setelah perbincangan, guru pelatih akan menambahbaik perancangan pengajaran dan saya akan menyelia mereka buat kali kedua. Saya harapkan dengan perkongsian ilmu walau pun hanya sedikit dapat diaplikasikan oleh guru- guru pelatih ULM kelak nanti ketika bergelar pendidik sebenar. Selain itu, mereka juga bersama saya membangunkan model kitaran hujan bagi projek bilik falak.

Menilai pengajaran Hafizatul Maulida

Hafizatul Maulida sedang Mengajar Sains

Ervina sedang mengajar Bahasa Inggeris

Sesi Perbincangan bersama Salis Fadli

Nurul sedang dinilai

Sesi Perbincangan bersama Ervina

Menilai Pengajaran Salis Fadli yang mengajar Kimia

Kenangan sebelum mereka pulang ke Indonesia