Pada 1 April sehingga 25 April 2018, SMKSPP telah menerima seramai 10 orang guru pelatih daripada Universitas Negeri Makasar Indonesia. Program ini dinamakan Sit In Latihan Mengajar Antarabangsa yang dilaksanakan hasil kerjasama antara Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Saya juga telah diamanahkan untuk menjadi pensyarah penyelia guru-guru pelatih yang mengajar bidang Sains dan Biologi. Seramai tiga orang guru pelatih yang diselia iaitu;
- Suci Indah Cahyani (Sains)
- Sri Hardiyanti (Biologi)
- Khairi Asnan (Biologi)
Saya membimbing mereka menulis perancangan pengajaran dan juga strategi pengajaran yang digunakan bagi mengajar dalam bidang masing- masing. Saya juga ada meminta mereka untuk bersama dalam bengkel pembangunan modul pengajaran dan pembelajaran STEM. Saya harapkan dengan perkongsian ilmu walau pun hanya sedikit dapat diaplikasikan oleh guru- guru pelatih UMN kelak nanti ketika bergelar pendidik sebenar.