Tarikh : 20 April 2018
Tempat : Bilik Mesyuarat SMKSPP
Masa : 2.00 -4.00 ptg
Siri 1 Bengkel Pembangunan Modul Pembelajaran dan Pengajaran STEM dan PAK 21 telah dijalankan pada 20 April 2018. Siri ini merupakan siri yang amat penting dan menjadi nadi kepada siri bengkel yang seterusnya. Bengkel yang pertama ini dihadiri oleh Prof Madya Dr. Johari B Surif. Beliau yang merupakan pensyarah yang pakar dalam pendekatan STEM dan pendidikan Sains. Pada bengkel ini, PM Dr. Johari B Surif berkongsikan kepada guru-guru tentang definisi pendekatan STEM, model model pengajaran untuk mengaplikasikan STEM dan contoh perlaksanaannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu dikongsikan juga template bagi penulisan modul yang dihasilkan oleh guru nanti.
Kesemua guru kelihatan ceria dan seronok dalam bengkel yang pertama ini. Sebahagian besar guru menyatakan inilah kali pertama mereka memahami apa yang dikatan pendekatan STEM. Mereka berbesar hati untuk menghasilkan modul pengajaran STEM dan PAK 21 yang juga boleh digunakan dalam engajaran dan pembelajaran mereka.
Berikut adalah gambar sekitar Siri 1 Bengkel Pembangunan Modul Pembelajaran STEM dan PAK 21