Dr Nurbiha berkongsikan tentang STEM open sources

Aktiviti hands on dalam bengkel Dr. Nurbiha

Gambar kenagan bersama Dr Nurbiha

Tarikh : 28 Oktober 2018

Tempat :  Bilik Mesyuarat SMKSPP

Masa  : 2.00 -4.00 ptg

 

Pada siri ke 5 Bengkel Pembangunan Modul Pembelajaran dan Pnegajaran STEM dan PAK 21, Dr Nurbiha A. Shukor telah bersama sama dengan guru guru SMKSPP. Namun pada kali ini, kedatangan Dr. Nurbiha bukanlah untuk menilai modul pengajaran dan pembelajaran tetapi beliau datang khusus untuk memberikan perkongsian tentang penggunaan STEM video dan Pendidikan Terbuka dalam pengajaran dan pembelajaran STEM.

 

Beliau menekankan kepentingan mencari bahan- bahan yang dibenarkan untuk dikongsikan. Beliau turut menyatakan beberapa laman  web yang menyediakan bahan bahan pengajaran untuk STEM dan dibenarkan untuk sesiapa sahaja menggunakannya. Selain itu, beliau juga turut berkongsikan tentang STEM open resources, MIT Blossom, Phet, netlogo, Wikimedia dan banyak lagi.

 

Semua guru sangat gembira dan seronok dalam bengkel siri ke 5. Mereka dapat memperoleh ilmu yang baru dan boleh diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Keseluruhannya diharapkan pada akhir tahun ini, sebuah buku yang memuatkan modul- modul pengajaran dan pembelajaran STEM dan PAK 21 dapat dihasilkan dan bermanfaat kepada semua guru. Selain itu juga, diharapkan ilmu yang dikongsikan iaitu pendekatan STEM dapat dipraktikkan oleh guru-guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Semoga dengan usaha yang kecil ini berupaya membantu negara dalam menggalakkan lagi pelajar-pelajar untuk minat dalam bidang STEM dan seterusnya bersama sama mebangunkan Malaysia untuk menjadi salah sebuah negara moden di dunia kelak.