Mesyuarat AJK Surau (11 June 2019)

Setelah sebulan pesta ibadat berlangsung dalam bulan Ramadhan yang mulia, Tuan Pengerusi Surau telah memanggil kesemua AJK untuk bermesyuarat. Terdapat beberapa perkara penting yang perlu dibincangkan. Antara perbincangan malam ini:

– Keadaan kewangan surau
– Laporan survey online Ihya Ramadhan
– Perancangan dan pelaksanaan Marhaban
– Projek membetulkan bumbung surau
– Pelbagai perkara berbangkit – antaranya projek solar NEM

Semoga Allah mempermudahkan kami semua untuk melaksanakan segala tugasan ini. Sememangnya, ini lah antara saham akhirat yang kami harapkan. Ye Allah ikhlaskan lah hati kami dalam mengusahakan pengembangan syiar AgamaMu. Amin.