Semalam bermula Marhaban di Lorong 13 dan 14. Bermula Marhaban untuk kaum lelaki, hawa dan kanak-kanak. Semuanya tertunggu-tunggu detik Marhaban, saat kemanisan ziarah menziarahi jiran rakan taulan.
Alhamdulillah perjalanan Marhaban semalam berjalana dengan lancar. 8 rumah dikunjungi (4 dari Lorong 14 dan 4 dari Lorong 13). Host akhir adalah Hj Yusof dan Hjh Saodah. Kami sepakat menyumbang untuk makan di rumah akhir. Semangat tolong menolong dari mula nak bersiap sehingga habis, memang menarik. Lebih menarik, selepas dari marhaban, kami Lorong 13 dan 14 mesyuarat postmoterm dan bersedia untuk tahun hadapan. Tak pernah lagi jadi macam tu. Alhamdulillah.