Nanas B2 dari Dr. Johari Kamarudin, Beratnya.

Tadi sempat saya singgah rumah Dr. Johari Kamaruddin, jiran satu taman, rakan satu School, untuk membeli 2 biji nanas spesifikasi B2. Asalnya saya ingat harga nanas ni RM4.50 sebiji. Rupa-rupanya nanas ini RM4.50 sekilo. Patutlah belakang bonet kereta Toyota Dr. Jo ada penimbang digital. Terkejut saya. Timbang-timbang, dekat 4 kg nanas 2 biji tu. WOW… Tak pernah rasanya beli nanas seberat tu. Harga RM17. Saya beli dengan bahagian atas nanas tu masih ada supaya boleh tanam. InsyaAllah itu projek saya besok lusa.

Besok insyaAllah akan makan lah nanas tu.