Kenapa Saya Menulis di Sini?

Mungkin anda tertanya-tanya kenapa tiba tiba saya menulis dengan galaknya di website/blog saya ni. Sebenarnya saya memang suka menulis. Saya tiada masalah menulis. Saya telah mula menulis sejak dari sekolah rendah lagi. Saya menulis untuk majalah sekolah rendah, majalah sekolah menengah, majalah di universiti sehinggalah ke tempat kerja. Malamgnya semasa saya menjadi engineer, saya ketiadaan platform untuk menulis. Tapi nasib baik pada masa itu blog platform wujud dan saya kembali aktif menulis.

Untuk makluman pembaca budiman, saya menulis blogpost ini bukan di dalam laptop, tetapi pada waktu-waktu lengang dengan menggunakan handphone Huawei Nova 2i saya sahaja. Maksud saya dengan waktu lengang adalah masa2 saya menunggu, contohnya menunggu di trafik light, menunggu isteri beli barang di kedai Max Mart, menunggu isteri cari baju dan sebagainya. Pendek kata saya gunakan masa yang ada untuk menulis. Tak perlu susah susah nak ada laptop. Selesai menulis saya publish sahaja blogpost ni. Nah siap satu post.

Biasanya saya boleh menulis dalam 10 ke 15 minit. Itu pastinya satu post ringkas, tapi cukup bermakna untuk saya rekodkan idea atau apa jua yang ada di minda dan hati saya.

Tulis macam ni banyak-banyak untuk apa?

Saya suka menulis, saya suka berkongsi, saya suka ekspresikan diri. Sebab itu lah. Boleh juga satu hari nanti, saya abadikan pilihan tulisan saya dalam buku. Seperti mana buku pertama saya iaitu “Ramblings of A Chemical Engineer”.