Menulis Oh Menulis

Saya sebenarnya sedang menulis satu review paper untuk dibentangkan dalam satu Conference Antarabangsa tidak lama lagi. Cabaran menulis ni saya akui ada banyak. Adakalanya masa menulis ni lambat bergerak. Ada kalanya menulis ni laju, seolah-olah idea bercambah-cambah hadir. Menulis satu mini review paper pula membuatkan kita harus meneliti, membaca dan menganalisa lebih kurang hampir 100 jurnal. Kalau satu review yang comprehensive sememangnya perlu lebih dari 100 jurnal.

Entah kenapa mood dan idea meneruskn review paper hadir pukul 11.30pm. Sebab mood dan idea ada, saya teruskan sehingga 2.40am. Akibatnya saya sangat mengantuk pagi ini. Tetapi saya gembira sebab dapat menulis agak banyak.

Usaha gigih ini saya akan teruskan sehingga selesai. Due date adalah pada 15 Ogos ini. Mesti submit both paper dan slide presentation. Doakan saya. Semoga dipermudah Allah.