PBL Monitoring di SMK Taman Sutera

Sebenarnya antara tugas saya adalah memantau perjalanan PBL Low Carbon Society (LCS) di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sutera setiap pagi Rabu. Namun, apa kan daya, saya terpaksa fokus untuk mengerjakan review paper yang perlu saya submit 15 Ogos ini.

Namun demikian saya tetap peka dan mengikuti perkembangan cikgu2 yang menjalankan PBL di sana. Tadi pun wakil CEE, Aishah yang setiasa selalu datang untuk menjadi pemerhati bertanyakan saya tentang berapakah jumlah kuantiti yang sesuai untuk pelajar menghantar survey dan questionaires. Bagus cikgu2 ni. Bagus juga pelajar2 mereka. Setakat dua kali saya hadir dan memantau perjalanan PBl di sekolah, saya dapat lihat semangat yang sangat menakjubkan dipamer oleh cikgu2 walaupun masing2 baru dalam arena PBL ini. Kekadang teragak-agak, tapi mereka dapat juga jalankan.

Biasalah benda baru belajar, ada silap sikit2. Lama2 akan pandai lepas belajar dari kesilapan yang sikit2 tu.