PIBG Sekolah Agama Kangkar Pulai

Ahad lepas saya dimasukkan dalam satu group WhatsApp baru. Pabila diteliti, rupanya ianya adalah group JK PIBG untuk Sekolah Agama Kangkar Pulai yang mana anak saya Zara belajar di situ.

Sebelum ini ada dengar2 juga ura2 yang saya dicalonkan sebagai AJK PIBG di sekolah agama tersebut. Tetapi sebab tiada bukti atau tiada hitam putih, maka itu saya fikir berita iti barangkali tidak benar.

Sekarang, mesej dah diterima dan dah nampak nama saya tersenarai. Yang menariknya, nama saya dalam senarai adalah Prof Ir Dr Zaki Yamani bin Zakaria 🙂

Katanya satu mesyuarat akan dibuat tidak lama lagi. Maka bertambah lagi senarai mesyuarat-mesyuarat yang saya perlu hadiri selain dari mesyuarat rasmi di tempat kerja UTM. Tak apa, kita sumbang tenaga, idea dan masa untuk komuniti, masyarakat dan bangsa. Semoga dipermudahkan. Amin.