T Shape Concept

Antara benda menarik dan penting yang saya dapat garap pada Workshop CEE yang saya sertai Ahad lalu adalah Konsep T Shape yang Prof Khairiyah nyatakan.

Rupanya, setelah diteliti, ahli felo penyelidik di CEE ramai yang menguasai bidang education secara surface dan Komuniti sahaja, tetapi tidak secara scholarly. Itu cabaran utama Felo-felo penyelidik di CEE. Kami semua kekurangan sangat kepakaran scholarly.

Apa kena mengena Konsep T Shape tu dengan masalah Scholarly. Barisan melintang pada huruf T besar melambangkan kita harus menguasai ilmu education umum atau asas, yang menyeluruh dengan baik. Ini boleh digunapakai diperingkat komuniti, semasa bagi training umum seperti training Active Learning (AL), Cooperative Learning (CL) dan lain2 kepada para peserta.

Jadi bahagian T yang menegak pula, itulah bahagian Scholarly. Kita perlu betul2 menguasai fundamental sefaham fahamnya dan sedalam dalamnya. Bahagian Scholarly inilah yang membolehkan kita bermain main dengan teori dan mungkin memperbaiki atau memulakan teori baru.