Dua minggu lepas saya upgrade sendiri meja di ofis saya. Dulunya meja saya agak lama dan rupanya membosankan walaupun fungsi tetap ok. Namun jauh dilubuk hati saya, teringin juga set meja baru yang berbentuk L. Boleh saya buat kerja menaip di sebelah L dan kerja menulis dan berbincang dengan student di bahagian depan.
Oktober 2018 saya riki-riki di pejabat pentadbiran tingkat bawah yang telah ditinggalkan. Keadaannya hampir mirip dibadai gelora. Tapi tidaklah teruk sangat. Keadaannya seperti tempat tiada tuan, tiada yang menghuni. Nasib saya baik. Saya dapat ada satu set meja pejabat, iaitu bekas peninggalan Dr. Zaidi, Ketua Jabatan Kejuruteraan Petroleum pada tika itu yang masih lengkap setnya. Saya booking dulu. Saya tulis nama atas kertas dan tampal di meja baru tersebut.
Nak dijadikan cerita, dua minggu lepas saya dengan dibantu Nazrul (Kecik) dan Ajim, bersama-sama memindahkan meja baru ke pejabat saya. Meja lama dan meja komputer saya letak di ruang lengang besar berdekatan lift. Kalau ada sesapa nak ambil boleh lah. Kalau tak terpaksa dilupuskan.
Saya perhatikan ofis saya. Meja baru sudah ada. Tapi rupa dinding masih ditakuk lama, compang camping, kesan cabut selotape pun ada, tak berapa indah. Entah kenapa muncul idea untuk mengecat dinding ofis pulak. Pendek cerita saya terus beli cat dan cat ofis. Ambil masa 2 hari. 3 layer kena sapu sebab saya beli cat Colourland yang murah, tak sampai RM 50 untuk 5 liter. Nampak best dah ofis saya. Cuma tinggal letak langsir yang lebih elegen dan classy serta buat soft furnishing dengan menggantung susunan frame sijil-sijil saya.
Apa pandangan anda?