Scam Oh Scam

Zaman sekarang scam semakin menjadi-jadi. Scam telah menjalani pelbagai evolusi serta adaptasi seiring dengan arus perkembangan pesat teknologi. Sijahat scammer ligat kepala memikirkan kaedah-kaedah novel untuk memanipulasi mangsa-mangsa.

Hebatnya helah kreatif ilusi mereka membuatkan orang yang profesional dan terpelajar seperti saya tumpas juga. Saya kerugian RM1200 November 2018 lalu. Ssjak dari itu, saya dan keluarga serta mereka yang rapat, lebih berhati-hati dalam apa juga urusan atau komunikasi. Si scammer ni berjaya kerana mereka bijak, orang putih panggil ‘cunning’. Mereka sentiasa berada beberapa langkah dihadapan kita andaikata kita tak aware, peka.

Tadi saya menerima satu panggilan telefon melalu telefon rumah. Saya memang dah agak mesti scammer, sebab kita tak pernah bagi ke sesiapa pun nombor telefon tersebut kecuali family members. Saya jawap telefon tu dan terus dengar suara wanita menyatakan perkhidmatan telekom / telefon akan ditamatkan atas sebab tertentu. Kalau nak bertanya sila tekan nombor 9. Kemudiaanya saya di sambungkan dan seorang lelaki menyahut hello setelah seketika saya tak menyatakah hello. Lepas tu saya pun balas hellooo dengan nada macam tiada masalah. Si scammer dah dapat hidu yang saya tahu permainannya lantas dia kata saya “Bodohhh…” dan terus letak telefon. Fuhhh kena first time “bodoh” dari scammer. Geram campur puas hati. Geram sebab dia sempat cakap saya bodoh. Puas hati sebab dapat permainkan dia.

Banyak lagi kes2 scammer dan scamming yang ada. Nanti2 lah saya share lagi.