Setiap Hari Adalah Misteri

Sehebat mana kita merancang, tak sehebat dan segah perancangan Allah.

Barangkali insan yang hebat merancang hari harinya dengan begitu teliti dan berhati-hati. Ada To Do List. Ada Check List kerja. Ada Personal Assistance untuk mengingatkan dan sebagainya. Dari satu ke satu tugasan pada hari tersebut kita laksanakan dengan penuh dedikasi dan keikhlasan. Tugasan yang berjaya terlaksana, kita pangkah, atau tandakan sudah selesai. Namun, pada hari itu jugalah terjadi perkara yang tak terduga. Pada waktu itu juga lah tiba-tiba ada yang meminta bantuan itu ini. Pada tika itu  jugalah kereta tiba-tiba meragam, alamak habislah poket, getus kita di dalam hati. Pada detik itu jugalah, ada tanggungan kita yang merupakan tanggung jawap kita masuk wad kerana sakit serious. Kombinasi senario-senario tak terduga yang datang muncul silih berganti bertalu-talu dalam ruang lingkup 24 jam itu memungkin kan kita terasa lemah, longlai, resah, gelisah, hilang semangat dan sebagainya.

Bagaimana harus kita tangani urutan-urutan kronologi situasi penuh misteri seperti di atas?

Pandangan anda?