A NEW MILESTONE…
Syukur Alhamdulillah akhirnya perjuangan pelajar PhD saya berakhir dengan jayanya, dan kini boleh bergelar Dr. Nur Nazlina Saimon. Perjuangan yang penuh cabaran, dugaan selama bergelar PhD student akhirnya selesai dan kini tinggal siapkan sedikit correction. Perjalanan PhD yang tentunya memaparkan pelbagai episod warna warni dan epilog suka duka tiba jua ke penghujungnya.
7 tahun lepas pada masa yang hampir sama saya berjaya selesaikan PhD saya (My SV was Prof Nor Aishah Saidina Amin (NASA)), dan hari ini dengan izin Allah saya berjaya bimbing pelajar PhD pertama saya. Anak sulung lah ni :).
Apa pun ini adalah milestone yang penting, sangat penting untuk Nazlina. Saya doakan semoga Nazlina berjaya dalam career dan berjaya dunia akhirat. You have been a very excellent student. Tahniah kepada En. Hamzah, suami Nazlina kerana kejayaan ini adalah kejayaan anda juga. Anda telah curahkan doa, semangat, pengorbanan dan bantuan tidak berbelah bagi kepada your other half dengan baiknya.
Terima kasih saya ucapkan kepada Penilai External Dato’ Prof. Dato’ Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed (USM) dan Penilai Internal Prof. Madya Dr. Mohd. Mohd Azizi Che Yunus (UTM). Terima kasih juga kepada Chairman Session Prof. Dr. Arshad Ahmad dan Assistant Chairman Dr. Mohd Asmadi Yussuf. Special thanks juga kepada Co-SV Prof. Madya Dr. Mazura Jusoh dan Prof. Madya Dr. Norzita Ngadi. We learnt a lot from your experienced superving numerous graduate students. Terima kasih juga kepada individu dan pihak lain yang bantu secara langsung dan tak langsung dalam membantu Nazlina. Tak lupa jga kepada team staf di Postgrad office.
Akhir sekali kita panjatkan kesyukuran mutlak kepada Allah, atas segala panduan, bantuan dn kurniaan.