Pemantauan Berkaitan Projek R&D MOSTI- Universiti Teknologi Malaysia (UTM) – Ts. Dr. Muhammad Hanif Bin Ramlee

Pada keheningan Khamis petang lalu (29 Ogos 2024), Program Pemantauan Projek R&D MOSTI- UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)( TDF12221651) -” In Vitro and In Vivo Investigation of Bioabsorbable Carbon Nanofiber Reinforced Mg-Zn Composites as Orthopaedics Implant” (Milestone 1) telah diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 29 Ogos 2024 (Khamis)

Masa : 2.30 petang – 4.30 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat 1, Aras 2, Blok F54, Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC), 81310 UTM Skudai, Johor

Saya telah mempengerusikan sesi pemantauan tersebut. Alhamdulillah, pemantauan Milestone pertama telah berjalan lancar. Ini juga kali pertama saya bertemu dengan ahli panel subject matter expert baru, iaitu Prof. Ir. Ts. Dr. Hj. Solehuddin Shuib dari UiTM Shah Alam, pakar dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal.