- Tarikh: 5 August 2019
- Masa: 9.15pm -10.50pm
- Lokasi: Surau Al Taqwa
Kerja saya tak habis selepas dari office hour. Malam, lepas Isya’ saya sertai mesyuarat kecil penting bahagian ALK Peruncitan. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Ketua ALK Peruncitan iaitu Hj Hussin. Ahli mesyuarat terdiri daripada Hj Samiin, Puan Bahiyah, Puan Azlina dan saya sendiri.
Kami bincangkan apakah barang-barangan runcit yang sesuai untuk dijual di Kedai Koperasi Surau Bestari. Banyak juga idea, tapi kami terpaksa hadkan barang-barangan tersebut kepada beberapa sahaja memandangkan ada ruang yang terhad dan kewangan yang terhad juga. InsyaAllah kami sasarkan supaya dapat menjual barang-barangan ini di kedai koperasi dalam pertengahan September 2019.
Doakan lah semoga kita berjaya. Amin.