Day 4 (21 Mac 2020) – Sabtu
Assalamu’alaikum, Salam Sejahtera Warga UTM,
Pertamanya saya mendoakan semoga seluruh warga UTM, ahli keluarga kita, sahabat handai dan seluruh warga Malaysia dan lain-lain negara yang menghadapi ancaman COVID19 terpelihara dari musibah. Hari ini hari ke 4, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan UTM sedang melaksanakan perintah ini.
- Pertamanya mohon semua warga UTM terus mematuhi PKP. Kita semua maklum, laporan yang dikeluarkan oleh KKM, keadaan masih sangat kritikal. Kita boleh berperanan memutuskan rantaian jangkitan ini insyaAllah, dengan mematuhi PKP. Seperti mana pesan YAB Perdana Menteri, ‘stay where you are’
- Bagi makluman bersama, team PKU UTM masih bekerja keras menguruskan kes yang ada risiko kepada UTM. Risiko masih besar sekiranya kita tidak bertindak pantas. Saya kongsi di sini betapa sukarnya menguruskan sesuatu kes. Supaya kita memahami kesukaran dan cabaran team PKU. Dan betul2 mendisiplinkan diri kita mematuhi segala arahan Kerajaan.
- Saya bersama mereka setiap hari dari hari pertama UTM mengendalikan COVID19. Pada peringkat awal COVID, kita membuat tindakan pencegahan mengendalikan pelajar dari negara China dan warga UTM yang pulang dari negara berisiko. Ketika itu pengurusan lebih mudah. Membuat pemeriksaan dan setiap mereka ini perlu diletak dibawah ‘home surveillance (HS)’ selama 14 hari-untuk pelajar antarabangsa di S47, dan bagi staf di rumah masing-masing. Ketika HS ini pelajar dipantau setiap hari sebagaimana SOP KKM.
- Apabila timbul gelombang kedua, UTM juga ada kes ‘close contact’ dan perlu diuruskan dengan kaedah HS dan perbersihan tempat2 dimana mereka yang dalam kategori PUI berada. Cabaran besar ialah menguruskan kebimbangan warga UTM dan memberi informasi yang tepat dan telus. PKU terpaksa mencari mereka yang dalam kategori ‘close contact’ untuk dibuat pemeriksaan dan jika perlu menjalani HS.
- Apabila timbul cluster Sri Petaling keadaan lebih membimbangkan dan pengendalian kes berkaitan masih berjalan di UTM. Kita telah maklumkan satu kes positif pelajar PhD dan lanjutan kes ini seorang HS telah menjalani HS di rumah selama 14 hari. Dan alhamdulillah telah tamat tempoh 14 hari tanpa ada symptom. Pembersihan bilik-bilik terlibat juga telah dibuat.
- Saya berkongsi maklumat ini bagi menyedarkan kita semua betapa sukarnya mengendalikan risiko COVID19 di UTM. Team PKU terpaksa berhempas pulas mengendalikannya bagi mempastikan tiada risiko yang berlaku kepada warga UTM.
- Kita boleh bayangkan kesukaran dan cabaran yang dihadapi oleh team KKM dalam mengendalikan kes COVID19 ini. Dan kita maklum team PKU UTM adalah kecil berbanding bilangan staf dan pelajar yang perlu dikendalikan. Dan mereka juga terdedah kepada risiko yang tinggi berdepan dengan pesakit yang berkunjung ke PKU.
- Kita hanya perlu lebih berdisiplin, bertanggungjawab, sentiasa berhati-hati dan mematuhi sepenuhnya arahan Kerajaan dan SOP yang disediakan. Jangan ada sikap mengambil mudah sehingga akhirnya menyusahkan semua pihak termasuk keluarga dan sahabat handai kita sendiri.
Sekian terimakasih. Mohon doakan yang baik-baik.
‘Stay where you are’
Wahid
36, TSPP
(Day 4 work from home)