Kita sebagai manusia, khalifah di atas muka bumi ini memerlukan kehidupan yang seimbang. Keseimbangan hidup membolehkan kita mencapai kebahagian, kepuasan, kesedaran dan beberapa elemen lain yang penting.
Kategori-kategori Keseimbangan
Teori #1
Aspek ini tentunya berbeza-beza dari seorang insan ke insan yang lain. Ia bergantung kepada kesedaran, sasaran hidup, ilmu pengetahuan dan keimanan. Pelbagai orang ada definisi dan falsafah keseimbangan masing-masing, bagi yang memikirkan tentang konsep keseimbangan hidup. Ada teori yang dinamakan “The Four Burners Theory” yang menyatakan kehidupan kita boleh diwakili oleh 4 dapur pemanas (four burner). Keempat-empat dapur pemanas itu mewakili kuadran hidup kita yang utama iaitu keluarga, rakan-rakan, kesihatan dan pekerjaan kita. Mesej sebenar yang ingin disampaikan melalui teori ini adalah sekiranya kita ingin berjaya, kita perlu atau terpaksa mengabaikan satu dapur pemanas. Lebih ekstreme adalah sekiranya kita ingin sangat berjaya, kita haruslah mengabaikan atau mengurangkan masa pada 2 dapur pemanas. Bolehkah kita bayangkan situasi seperti itu?
Contohnya, kita sering melihat beberapa individu di tempat kerja kita yang sangat cemerlang dan hebat, berjaya mempamerkan prestasi kerja yang menakjubkan, naik pangkat dengan sekelip mata dan berjaya peroleh gaji lima angka yang besar, atau 6 angka (bergantung di mana dia bekerja). Kita mencemburui mereka. Kita bisik dalam hati dan sesama rakan sefikrah, bagusnya dia tu, sangat berjaya dalam kerjaya. Namun, kita tidak nampak apa yang terpaksa dikorbankan oleh si dia yang sangat berjaya. Kalau mengikut The Four Burner Theory, si dia berjaya menyemarakkan api pada dapur pemanas pekerjaan. Tetapi bagaimanakah nyala api pada dapur pemanas keluarga, rakan-rakan dan kesihatan? Perhatikan dan perhalusilah. Kemungkinan ada 1 atau 2 dapur pemanas yang nyalaan apinya hampir padam, menunjukkan si dia yang berjaya terpaksa mengorbankan dapur pemanas berkenaan.
Falsafah Datuk NC UTM
Pada perhimpunan bulanan sekitar 2017, saya tidak ingat bulan yang mana, dalam presentasi Datuk NC, ada menyatakan tentang keseimbangan hidup manusia khususnya staf UTM.
Falsafah saya
Saya berpendapat memang bukan mudah untuk memperoleh keseimbangan dalam kehidupan kita. Mungkin kita boleh bahagikan orang-orang ini kepada 2 iaitu orang yang ada banyak benda nak buat dan yang takde benda sangat nak buat. Orang-orang yang tidak ada banyak perkara yang nak dibuat. Bagi yang tidak ada apa sangat nak buat, tiadalah isunya di sini. Contohnya, pagi pergi kerja hingga ke petang. Pulang ke rumah rehat, duduk atau baring depan TV. Malam makan. Setelah selesaikan beberapa urusan di rumah dan diri, maka masuklah tidur. Simple. Mudah. Kurang cabaran. Akan tetapi, bagi kumpulan insan yang satu lagi yang ada banyak perkara untuk di buat, masa yang ada terasa tidak cukup. Banyak sangat perkara dan urusan yang perlu dibuat dan diselesaikan. Bak kata Ulama Hassan Al Banna, Pengasas Gerakan Islam, Ikhwanul Muslimin, melalui 10 wasiatnya, wasiat ke-10 menyatakan bahawa “Tanggungjawap itu lebih banyak daripada waktu”. Memang amat benar bagi sesetengah insan. 24 jam yang ada tak sempat nak buat semua benda. Maka perlulah kita merancang dengan seelok-eloknya dan juga cuba menyeimbangkan dengan sebijak-bijaknya.
Pada saya, ada beberapa segment yang perlu dijaga iaitu:
(1) Keluarga
(2) Pekerjaan / kareer
(3) Khidmat komuniti / masyarakat / dakwah etc
(4) Bisnes / perniagaan
(5) Diri sendiri
To be continued…