Happy Father’s Day Ayah…

Image may contain: 4 people, people smiling, people standing and outdoor

Ayah…

Engkau seorang insan yang mulia, 
Seorang insan yang istimewa,
Insan yang sangat ku kagumi,
Akan sentiasa ayah di hati ini.
Sungguh besar pengorbananmu,
Kau tetap teguh demi anak-anakmu,
Tidak pernah mengenal erti penat lelah,
Demi membesarkan anak-anakmu,
Apa saja sanggup kau lakukan.

Ayah…

Meski tiada segunung emas yang kau wariskan,
Tetapi kau telah mewariskan sesuatu yang lebih berharga,
Sesuatu yang lebih bercahaya daripada emas dan permata,
Sesuatu yang boleh menerangi kegelapan,
Didikan yang telah kau curahkan,
Menjadi azimat ampuh untuk menempuh hari-hari mendatang.

Ayah…

Kami semua anakmu telah berpijak di menara gading,
Tempat untuk kami menimba segala ilmu,
Kini aku pula merasa dan memikul bebanan sepertimu dulu,
Suatu tanggungjawab yang amat besar bagiku,
Namun aku yakin mampu memikulnya,
Kerana ayah menjadi idolaku,
Ku yakin kuat sepertimu ayah.

Ayah…

Aku kini seorang Chemical Engineer,
Kerana pengaruh buku-buku kimia organik ayah,
Yang aku baca sambil terpinga sewaktu tingkatan 2 dan 3,
Aku juga kini seorang pensyarah,
Kerana mengikut jejak ayah mendidik anak-anak negara ini,
Semoga pengaruh ayah kepada aku menjadi asbab ayah dapat timbunan pahala.

Ayah..

Masih terngiang dulu ayah sering belikan majalah Dewan Pelajar, Bambino & Kuntum,
Teringat juga ketika ayah pasrah membeli raket badminton Pro Kennex di Changi Airport kerana rengekanku,
Juga masih terimbau ayah belikan Perry’s Chemical Engineering Handbook import direct dari Amerika,
Juga kereta pertama bernombor plate tarikh lahirku sendiri,
Aku minta maaf kerana membuat ayah risau pening susah atas kemalangan akibatku 1991 dulu… Harapnya keputusan SRP ku dulu dapat menebus dugaan yang melanda dulu,

Ayah…

Terima kasih atas segala pengorbananmu,
Akan ku ingati pengorbananmu,
Tidak akan pernah aku melupakan jasa-jasamu,
Kau insan yang sangat ku sayang dunia dan akhirat.