Itulah antara pertanyaan yang diutarakan, oleh Arnaud Ayral (Regional Business Development Director Cleantech Solar), bukan kepada kami yang menghadiri Talk ini, tetapi pada dirinya sendiri. Soalan itu betul-betul menarik perhatian saya. Walaupun saya memang sangat minat nak memiliki teknologi solar sejak 2011 lagi, tapi masih belum dapat lagi.
Pelbagai panduan, ebook dan video solar energy saya dah beli sejak 2011. Habis ratusan USD juga tu. Kononnya nak beli pasang sendiri di rumah. Tapi tak jadi-jadi. Belum rezeki. Terganggu juga perancangan sebab takut clash dengan peraturan dan undang-undang pun ada.
Kesedaran kewujudan feed-in-tariff (FiT) agak lambat pada saya. FiT ni boleh hasilkan pendapatan pasif dari solar panel kita. Takpelah. Kemudian wujud pula scheme baru menggantikan FiT, iaitu Net Energy Metering (NEM). Bulan puasa lalu saya study habis NEM ni, tapi rasanya macam tak semenarik FiT. Tapi itu lah pakej yang ada at the moment.
Saya dapat tahu ada Talk tentang Solar Power, lalu saya daftarkan diri agar dapatlah jumpa pakar yang lebih arif dalam talk dan sesi networking. Alhamdulillah, terbuka luas pandangan saya kini, dan sepertinya akan jadi lebih awesome. Inilah ruang dan peluang untuk saya menjawap soalan nun di atas. Saya mungkin mampu membantu planet melalui 2 cara: (1) Saya pasang solar PV di rumah (iaitu bila ada rezekinya lah) dan (2) Saya bantu sebarkan informasi dan kesedaran pentingnya kita beralih ke Tenaga Diperbaharui @ Renewable Energy (RE).
Apabila kita menggunakan RE, kita akan membantu mengurangkan jejak karbon @ carbon footprint ke planet yang kita sayangi ni. Ye, itu sangat penting. Setiap aktiviti kehidupan kita, kalau kita telusuri betul-betul, semuanya mengeluarkan karbon, yang sememangnya tak baik untuk planet alam sekitar.
Kita duduk dalam rumah atau ofis, kita sumbang karbon ke udara dengan menggunakan kipas / aircond. Kita bergerak naik kenderaan, kita sumbang karbon melalui proses pembakaran enjin, kita pakai baju, kita sumbang karbon juga kerana proses buat baju dari awal hingga siap di kedai pun menyumbang sejumlah karbon yang banyak. Malah kita cuci baju kita pakai mesin basuh pun, akan menggunakan kuasa elektrik dan air yang menyumbang ke arah penghasilan karbon. Kita bernafas pun kita keluarkan karbon…
Statistik dari SEDA menyatakan tenaga daripada solar cuma 2% sahaja untuk Malaysia dalam Energy Mix (info setakat Disember 2018). Kerajaan mensasarkan angka ini meningkat ke 20% menjelang 2030.
Realistikkah?
Kita boleh bantu mainkan sedikit peranan. Kita cuba fahami, sedari dan buat apa jua yang boleh untuk membantu. Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, YB Yeo Bee Yin, menyatakan dalam press conference May lepas, kalau seluruh bumbung di Malaysia di pasang dengan solar PV, negara kita akan ada lebihan tenaga. Ye, dah tak perlu kita gunakan gas asli arang batu untuk memperoleh tenaga elektrik. Tapi memang bukan senang. Banyak cabaran. Banyak pelaburan wang perlu dibuat. Nak selamatkan bumi bukan murah, tapi mesti kita buat juga ikut kemampuan masing-masing.
Melalui Talk yang saya hadiri semalam, walaupun dalam keadaan agak kurang sihat, saya syukur sebab belajar dan terdedah kepada pelbagai perkembangan berkaitan Solar. Kalau sebelum ini saya cuma sedar dan tahu tentang NEM yang cuma sekadar jimatkan penggunaan elektrik, tapi ada lagi benda menarik seperti Virtual peer-to-peer (P2P) energy trading system, yang mana kalau kita boleh hasilkan tenaga elektrik ekstra di atas bumbung atau mana-mana, melebihi keperluan konsumsi rumah atau industri kita, maka kita boleh jual kepada entiti lain, tak semestinya ke TNB. Tapi TNB akan charge sikit sebab guna infrastruktur mereka. Pengenalan P2P bakal menggunakan blockchain technology dan ini adalah sebahagian daripada Renewal Energy Transition Roadmap (RETR) 2035 yang bakal membantu ke arah negara kita mencapai sasaran 20% dari sumber tenaga solar dalam Energy Mix pada 2030 kelak.
Platform P2P bakal menjadi sebagai Open Electricity Market di Singapura yang baru terrealisasi. Negara seperti Australia dan Thailand juga telah memulakan initiatif seumpama ini. Nampaknya kita di Malaysia taklah ketinggalan sangat. Kalau kita cuba belajar dan ambil tahu dari sekarang, kita boleh jadi antara pelopor awal membantu planet dan poket kita lebih sihat.
Oh, sebelum terlupa, berbalik kepada NEM, banyak perincian yang saya tak dapat kongsi di sini. Boleh lah rujuk website SEDA. Boleh juga rujuk calculator NEM untuk mendapat anggaran berapa kW bumbung anda boleh generate electricity berdasarkan bil bulanan elektrik anda. Saya dah periksa bumbung saya mampu menghasilkan lebih kurang 5-6 kW tenaga elektrik, tapi saya yakin bumbung rumah kami agak luas dan mampu hasilkan lebih dari itu untuk menyertai platform P2P kelak, insyaAllah.
NEM ni ada kuota ye. Kena cepat bertindak kalau nak. Setakat ini kuota untuk rumah adalah 50 MW manakala kuota keseluruhan negara kalau tak silap adalah 500 MW (termasuk industri).
Jom selamatkan planet…. errr…. dan poketÂ
Rujukan: https://www.facebook.com/zakiyz/posts/10157556239324973