ZAKAT MEMBAWA BERKAT, TIADA YANG LEBIH UTAMA DARIPADA SURUHAN ILAHI

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Bersempena penutupan tahun 2019, kami ingin mengalu-alukan Y. Bhg. Tan Sri / Datuk / Dato’ / Prof / Dr / Saudara/i untuk bersama-sama menyertai caruman zakat di UTM. Bagi tuan/puan yang telah mencarum zakat di UTM, kami juga ingin mengalu-alukan untuk membuat pengiraan semula zakat anda.

Untuk pengetahuan Y. Bhg. Tan Sri / Datuk / Dato’ / Prof / Dr / Saudara/i, Pusat Islam UTM menyediakan perkhidmatan pengurusan zakat di UTM dan warga UTM boleh melaksanakan zakat pendapatannya secara potongan gaji bulanan di sini.

Sekiranya Y. Bhg. Tan Sri / Datuk / Dato’/ Prof / Dr / Saudara masih belum menyertai caruman zakat di UTM, ayuh segera daftar di my.utm.my

 

TAHUKAH ANDA!

Zakat merupakan satu kewajiban bagi setiap Muslim yang telah sempurna syarat-syarat zakat pada dirinya.

 

SYARAT-SYARAT ZAKAT PENDAPATAN :

  1. Islam
  2. Merdeka (bukan hamba)
  3. Harta sempurna milik
  4. Cukup nisab (kadar minimum setahun: RM 17,095.08)
  5. Cukup haul

 

 

PELEPASAN LHDN

Dengan membayar zakat pendapatan, anda layak mendapat rebat cukai dari LHDN jumlah yang anda sumbangkan atau bayar zakat pendapatan

Dengan erti kata lain anda sumbang RM 1.00 Zakat maka anda akan dapat perlepasan cukai nilai yang sama iaitu RM 1.00 …. tetapi biasanya pihak UTM akan mencadangkan agar ada sedikit portion potongan cukai berjadual dan sedikit portion potongan zakat dalam penyata gaji dan elaun saudara.

 

Contoh : Potongan Cukai Berjadual (PCB) sebulan sepatutnya = RM 100

Setelah bayar zakat dengan nilai sebulan                     = RM 80

Baki PCB yang perlu dibayar hanya                              = RM 20

 

MANFAAT MENCARUM ZAKAT DI UTM

31.25% akan dipulangkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor kepada UTM

untuk diagihkan kepada warga UTM khususnya pelajar.

 

Pada tahun 2019 setakat bulan November, sebanyak RM 1,878,378.41 telah dibelanjakan bagi keperluan pelajar

antaranya bantuan yuran pengajian, sara diri, kesihatan dan lain-lain.

 

 

KAEDAH UNTUK MELAKSANAKAN ZAKAT DI UTM

  1. Kira zakat pendapatan anda di sini http://www.maij.gov.my/cal/index.html

                        atau anda boleh meminta bantuan daripada pihak kami untuk membuat kiraan zakat anda

  1. Daftar untuk memulakan caruman zakat anda di my.utm.my

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan zakat, segera emelkan ke islamiccentre@utm.my

 

‘ZAKAT MEMBAWA BERKAT, TIADA YANG LEBIH UTAMA DARIPADA SURUHAN ILAHI