Refleksi Khidmat Komuniti Nur Ehsan (14)

 

Saya Amar Rusydi Bin Ismail memegang jawatan sebagai timbalan pengarah semasa mengendalikan program lawatan ke rumah warga emas Nur Ehsan.  Saya juga merupakan wakil pelajar yang menghubungi pihak rumah warga emas Nur Ehsan. Komuniti yang bekerja bersama-sama saya bagi menjayakan program ini merupakan rakan-rakan seksyen. Berdasarkan pemerhatian saya sebagai timbalan pengarah, rakan-rakan yang lain tidak mengetahui bidang tugas masing-masing. Walaupun organisasi jawatankuasa telah dilengkapkan, rakan-rakan saya seperti tidak mengetahui apa yang perlu dilakukan. Ada segelintir sahaja yang bertanya apa yang perlu dilakukan. Saya juga mengaku bahawa saya juga yang bertanggungjawab atas kelewatan membuat persiapan. Isu yang timbul semasa dan selepas program ialah kepentingan perjumpaan atau meeting. Berdasarkan pemerhatian saya juga rakan-rakan tidak memberikan kerjasama yang penuh bagi menghadiri perjumpaan. Semasa perjumpaan juga terdapat segelintir rakan yang bermain-main dan tidak serius. Saya juga mendapati pengarah juga jarang memberi arahan kepada rakan-rakan yang lain serta kurang jelas penerangannya mengenai program tersebut. Tambahan pula, rakan-rakan juga kurang cakna dengan apa yang dibahaskan semasa perjumpaan dan gemar bertnya serta mengulangi isu yang telah dibincangkan. Sebagai contoh, pada perjumpaan yang terakhir sudah dibincangkan pakaian semasa lawatan, tetapi ada beberapa orang rakan saya telah bertanya soalan yang sama selepas bersurai. Bagi perancangan yang telah dibincangkan bersama, kami telah merancang beberapa aktiviti seperti senaman ringan, aktiviti ice breaking, aktiviti dalam kumpulan dan melukis mural. Tetapi ada beberapa aktiviti yang tidak dapat dijalankan disebabkan masalah teknikal. Saya juga mendapati bahawa keadaan rumah warga emas tersebut juga tidak dapat dijangka kerana semasa survey saya telah pergi ke rumah warga emas yang berbeza. Pada hari kejadian pula, alhamdulillah program telah berjalan dengan lancar walaupun kurang persiapan. Setelah tiba berlaku sedikit masalah apabila rumah warga emas tersebut tidak mempunyai ruang yang cukup untuk melakukan aktiviti. Pada waktu tersebut, bedasarkan pemerhatian saya rakan-rakan bersungguh-sungguh mengendalikan program tersebut dan saya melihat semua berganding bahu bagi menjayakan program tersebut.

 

Selepas program tersebut, saya menyedari bahawa tidak mudah bagi mengendali mahupun menjayakan program. Saya telah mempelajari pelbagai ilmu yang tidak saya ketahui sebelum ini. Nasihat saya kepada diri saya sendiri dan juga rakan-rakan yang ingin mengendalikan program selepas ini ialah perancangan awal. Perancangan awal penting bagi merangka dan juga bagi mendapatkan gambaran program yang akan dijalankan. Kerjasama bersama ahli yang lain juga penting bagi menjayakan program seperti ini.

 

Pada pendapat saya, program seperti ini sangat bagus dan juga telah memberi impak yang sangat besar didalam diri saya. Terdapat banyak pengajaran yang saya perolehi selepas program tersebut. Kebanyakan masyarakat yang telah menghantar ibu dan bapa mereka ke rumah warga emas tersebut merupakan masyarakat yang berpendidikan dan juga yang berkerjaya. Pada pendapat saya, anak-anak mereka tidak mempunyai masa bagi menguruskan orang tua mereka kerana terlalu sibuk dengan kerja. Terdapat juga segelintir warga rumah tersebut murung dan tidak mahu makan kerana ingin bertemu anak-anak mereka. Tetapi apakan daya, warga rumah tersebut hanya mampu berdoa dan menunggu kedatangan anak-anak mereka. Pada pendapat saya tidak salah jika ingin menghantar ibu bapa ke rumah jagaan warga emas tetapi kalau boleh janganlah menjadikan rumah jagaan tersebut sebagai rumah untuk orang tua kita. Mungkin kita sibuk dengan pekerjaan, tetapi jika difikirkan semula ibu bapa kita juga ketika kita kecil juga sibuk dengan pekerjaan.

 

 

Semasa mengendalikan program, terdapat pelbagai kemahiran yang dapat diterapkan serta dapat dipertingkatkan. Pertama ialah kemahiran komunikasi dimana setiap pelajar perlu berkomunikasi dengan warga pusat jagaan. Selain itu juga kemahiran penyelesaian masalah juga dapat dipertingkatkan. Hal ini demikian kerana kami perlu mengubah rancangan aktiviti kerana gambaran yang kami dapati berbeza dengan keadaan sebenar semasa hari kejadian. Kemahiran berpasukan juga merupakan elemen penting bagi menjayakan program ini. Jika tidak bekerja secara berpasukan sudah pasti program ini akan gagal.

 

Rumusan yang dapat saya lakukan terhadapt program ini ialah kerja berpasukan merupakan tiang utama bagi menjayakan sesebuah program. Pada mulanya saya sangat memntigkan diri sendiri dan tidak membahagikan tugas bersama pengarah program sehingglah pada minggu akhir persiapan sebelum berlangsungnya program tersebut. Saya mendapati setiap perkara tidak di selia dengan baik .

 

~Amar Rusydi~

Speak Your Mind

*