Book: A World Without Islam

Sebelum menaiki pesawat, saya mengambil kesempatan meninjau himpunan buku-buku yang tersusun rapi di rak-rak di MPH Lapangan Terbang Senai, Johor. Mata tiba-tiba tertarik kepada sebuah buku berwarna biru. Wah. tajuknya memang kontroversi – A World without Islam. Dunia tanpa Islam. Hati saya terus meneka yang penulis buku ini paling-paling tidak adalah bekas CIA. Tangan segera meraih buku tersebut. Mata terus tertancap pada nama pengarang. Graham E. Fuller. Sah. Benar agakan saya. Mr Fuller pernah menyandang jawatan Vice Chairman of the National Intelligence Council at CIA.

Walaupun buku ini kali pertama diterbitkan di New York pada Ogos 2010 oleh Little, Brown and Company, ianya masih relevan untuk situasi dunia masa kini yang saban hari dihidangkan dengan berita-berita mengenai terrorisme, IS dan Islamophobia. Buku di tangan belum lagi dibayar, tapi saya sempat berangan-angan untuk membincangkan buku ini dalam kelas TITAS pada semester hadapan. A world without Islam pada awalnya diterbitkan dalam bentuk hard cover tapi kemudiannya diterbitkan pada 2011 dan 2012 dalam bentuk paperback. Alhamdulillah, mampulah nak beli dengan harga RM36.90.

Buku ini dibahagikan kepada 3 bahagian utama dan mengandungi 14 bab:

Bahagian 1 Heresy and Power

  1. Islam and the Abrahamic Faiths
  2. Power, Heresy and the Evolution of Christianity
  3. Byzantium versus Rome: Warring Christian Polarities
  4. Islam Meets Eastern Christianity
  5. The Great Crusades (1095-1272)
  6. Shared Echoes: The Protestant Reformation and Islam

Bahagian 2 Meeting at the Civilizational Borders of Islam

7. The ” Third Rome” and Russia: Russia Inherits the Orthodox Legacy

8. Russia and Islam: Byzantium Lives!

9. Muslims in the West: Loyal Citizens of Fifth Column?

10. Islam and India

11. Islam and China

 

Bahagian 3 The Place of Islam in the Modern World

12. Colonialism, Nationalism, Islam and the Independence Struggle

13. War, Resistance, Jihad and Terrorism

14. What to do? Toward a New Policy with the Muslim World

Abstrak: ANALISIS PERBANDINGAN MENGENAI KONSEP KHILAFAH FI’L-ARD DAN FAHAM PENGUASAAN KE ATAS ALAM (DOMINION OVER NATURE)

ANALISIS PERBANDINGAN MENGENAI KONSEP KHILAFAH FI’L-ARD DAN FAHAM PENGUASAAN KE ATAS ALAM (DOMINION OVER NATURE)

Akmaliza Abdullah1, Buerah Tunggak1, Adibah Muhtar1, Abdul Latif Samian2

1Fakulti Tamadun Islam, Universiti Teknologi Malaysia

2Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak

Krisis alam sekitar merupakan masalah global manusia yang semakin meruncing dan tidak terkawal berpunca daripada kerakusan mereka mengeksploitasi alam atas nama pembangunan dan kemajuan. Menerusi kertas kerja ini, perbincangan dibuat melalui analisis perbandingan mengenai faham mengenai alam sekitar daripada perspektif Islam dan Barat bagi tujuan memperlihatkan akar masalah yang sebenar berkaitan isu tersebut. Dalam konteks hubungan dengan alam, Islam memperkenalkan konsep khilafah fi’l-ard yang terkandung dalamnya makna tauhid, ilmu dan adab manakala di Barat pula faham penguasaan ke atas alam (dominion over nature) yang mengenepikan aspek spiritual terpakai dalam kehidupan masyarakat. Penghayatan makna tanggungjawab dan amanah dalam hubungan manusia dan alam akan mendorong kepada kesedaran dan usaha ke arah pelestarian alam sekitar dalam kehidupan.

 

Kata kunci: alam sekitar, khalifah fi’l-ard, lestari, dominion over nature

 

*Joint International Seminar Green Religion, Science and Technology: Prospect and Challenge,UIN Wali Songo Semarang, 18-20 November 2015.