Pernyataan Masalah

Selain daripada tajuk, pernyataan masalah juga penting dalam sesuatu penulisan atau kajian. Ia akan membantu untuk mengenal pasti tujuan dan skop penulisan atau kajian yang dilakukan.

Apakah maksud pernyataan masalah?

Pernyataan masalah  merupakan pernyataan  yang jelas dan padat yang menerangkan masalah atau isu khusus yang ingin diselidiki atau diselesaikan melalui penyelidikan yang dilakukan.  Ia membantu untuk merangkum latar belakang kajian secara lebih spesifik, menyorot kelompongan (gap) dalam penyelidikan-penyelidikan sebelum  ini dan menetapkan tujuan penyelidikan.

Garapan penulisan pernyataan masalah perlu memperlihatkan penyelidikan yang ingin dijalankan itu penting dan perlu dijalankan. Jika ianya tidak penting, dan tidak perlu maka ianya boleh dianggap sebagai bukan suatu masalah. Jadi tidak ada kepentingan dan keperluan untuk menghabiskan masa untuk menjalankan kajian.

Soalan-soalan Penting dalam Pernyataan Masalah
Tips: Gunakan 7 WH Questions ( Who, What, When, Where, Why, Which, Whose, How) untuk membantu mengembangkan penulisan pernyataan masalah.

Antara soalan-soalan yang boleh ditanya:
Apakah masalahnya?

Berapa kerap masalah berlaku?

Di mana masalah berlaku?

Bila masalah berlaku?

Siapa yang mendapat impak daripada masalah?

Apa penyebab masalah?

Bagaimanakah gambaran keadaan/situasi jika masalah tidak wujud?

Kenapa ianya menjadi satu masalah, dan kenapa ia perlu diberi perhatian?

Apakah kesan/impak akibat daripada masalah tersebut?

Apakah jangkaan penyelesaian kepada masalah yang anda akan cadangkan?

Apakah jangkaan manfaat ataupun hasil daripada penyelesaian yang dicadangkan?


5 Elemen dalam Pernyataan Masalah.
1. Kenal pasti isu atau masalah
2.Mulakan pernyataan dengan situasi ideal sekiranya tiada masalah tersebut
3. Kenal pasti apakan masalah tersebut, apa punca masalah, dan kenapa ianya menjadi suatu isu yang perlu dikaji dan ditangani.
4.Nyatakan apakah kesan isu tersebut
5.Cadangkan penyelesaian.

Pernyataan Masalah yang Baik
Penulisan pernyataan masalah tidak perlu terlalu panjang. Memadai satu atau satu setengah halaman sahaja.

  1. Ringkas: Anda mampu untuk memberi gambaran secara ringkas dan padat tentang masalah, bagaimana dan kenapa ianya menjadi masalah. Baca berulangkali tulisan anda dan perbaiki supaya nampak jelas apa yang hendak dicapai menerusi kajian.
  2. Spesifik: Tulis tentang satu isu sahaja dalam pernyataan masalah, walaupun impak kepada isu tersebut banyak. Fokuskan kepada penyelesaian terhadap satu masalah tersebut, supaya tidak mengelirukan. 
  3. Boleh Diukur: Jelas tentang bagaimana mengukur masalah dan objektif yang dinyatakan.

The First Principle

The First Principle is the inquiry of the pre Socratic philosphers. By pre Socratic philosophers, we meant those Greek philosophers who lived before Socrates starting from the time of Thales of Miletus to Socrates to Socrates of Athens. Thales questioned about what is the First Cause of the existence, the element or matter from which everyone and everything else came. He eventually came to the conclusion that WATER was the First Cause as it could assume different forms, could become steam when heated and turn into ice when frozen and seemed to be in all living things.

However, his view was refuted by Anaximander who argued that the First Cause was beyond matter or elements. To him, it was INFINITE, a COSMIC FORCE OF CREATIVE ENERGY that constantly create, destroy and remake the observable world.

Edgar Dale’s Cone of Experience


This is one of the reasons why active learning comes in handy to educators.

Penghasilan & Pembentangan Poster

Untuk kursus UHIS1022: Falsafah dan Isu Semasa pada semester ini, antara tugasan yang diberi kepada pelajar ialah menghasilkan poster. Ini antara persoalan yang berlegar di fikiran pelajar apabila kali pertama mereka diminta  untuk menghasilkan poster.

Kenapa poster? Untuk mempamerkan hasil kajian secara jelas ringkas dan padat di samping boleh menarik minat untuk mengetahui dan  berbincang lebih lanjut mengenai kajian yang telah dijalankan. Poster lebih catchy berbanding tulisan berjela dalam laporan kajian.

Apa yang perlu diletakkan dalam poster? Tentu sahaja bukan  penjelasan panjang lebar seperti yang ada dalam laporan kajian.  Secara mudah, your poster must grab the eyeballs! Mesti menarik perhatian.  Poster yang bagus akan kelihatan seperti berkata: “Pandanglah Saya! Bacalah Saya! Tanyalah! (bukan tanya saya, tapi sila tanya team yang menghasilkan saya)”

Jadi anda perlu letakkan yang penting-penting sahaja, yang boleh memberi gambaran ringkas kepada keseluruhan kajian anda. Antara yang penting ialah:

  1. Tajuk kajian
  2. Nama kumpulan, ketua dan ahli
  3. Kursus dan Seksyen
  4. Abstrak (jika ada)
  5. Pengenalan
  6. Metodologi (jika ada)
  7. Dapatan Kajian & Perbincangan
  8. Kesimpulan
  9. Rujukan
  10. Penghargaan (jika perlu).

Apa kebaikan poster? 

  1. Pembentangan kajian  dalam masa yang singkat . Antara 5-10 minit sahaja.
  2. Mengasah kemahiran komunikasi
  3. Berkongsi idea
  4. Menggunakan kreativiti
  5. Kolaborasi dengan ahli kumpulan

Tips

  1.  Infografik/visuals, jangan banyak tulisan. A picture  is worth a thousand words
  2. Seimbangkan tulisan dan gambar.
  3. Gunakan font yang jelas dan mudah dibaca seperti Times New Roman, Tahoma, Verdana, Arial, Garamond.
  4. Jangan guna artistic font  seperti Brush Script walaupun anda sangat suka font tersebut
  5. Guna font yang sama
  6. Saiz paling kecil ialah 16 pt.
  7. Pastikan ada jarak, tidak nampak terlalu padat.
  8. Pilih warna yang sesuai dan tidak menyakitkan mata. Padanan gabungan warna perlu harmonis. Jangan guna terlalu banyak warna. 3 pilihan warna sudah memadai.
  9. Gunakan bullet

Persediaan Pembentangan

  1. Your first sentence will give a first impression to audience.
  2. Rancang apa yang perlu diterangkan untuk setiap segmen yang dimasukkan dalam poster
  3. Rancang masa pembentangan (5-10 minit)
  4. Rancang apa yang perlu diucap sewaktu transisi untuk setiap segmen.
  5. Be excited and confident about your presentation. Bersemangat.
  6. Jangan lupa yang anda sedang bentang poster. Sekali sekala kena tunjukkan kepada  poster terutamanya sewaktu menerangkan rajah atau gambar.
  7. Jangan hafal.
  8.  Berlatih. Berlatih. Berlatih.
  9. Spot soalan-soalan yang mungkin ditanya. Bersedia dengan jawapan.
  10. Air muka biar manis. Jangan tunjuk muka ‘ketat’.

 

Free Online Apps untuk Digunakan

  1. https://www.canva.com/create/posters/
  2. https://piktochart.com/formats/posters/
  3. https://www.posterini.com/
  4. https://www.lucidpress.com/pages/examples/free-online-poster-maker

You may suggest more apps in the comments. All the best.

CONTOH POSTER YANG BOLEH DIJADIKAN PANDUAN
scientific poster ideas how to make poster for conference ...

Undergraduate Research | TEXAS Undergraduate Studies

Poster Guidelines - 2014.igem.org

Tips Penulisan Ulasan Artikel

Hand Keep Rod - Free image on Pixabay

“Dr. , panjangnya kami nak kena tulis ulasan.. Apa kami nak tulis?”. Seorang pelajar mengeluh. Kemudian disokong oleh seorang dua kawan yang lain. The rest remained silent. Sama ada redha dan pasrah, atau memang tiada masalah pada mereka.

Ok, guys.. Here are some tips for all of you. Jangan susah hati, in sha’ Allah anda boleh hasilkan ulasan artikel yang bagus.

A. Fasa Pra Penulisan

  1. Baca artikel tersebut.
  2. Buat catatan, ulasan seharusnya melampaui perkara yang ditemui dalam kandungan.
  3.  An Article Review is neither summary nor report of the article.
  4. Penekanan juga perlu dberikan kepada kekuatan dan kelemahan artikel yang diulas.
  5. Catat petikan yang ingin dimasukkan dalam ulasan.

 

B. Fasa Penulisan

  1. Senaraikan informasi asas berkaitan artikel. Sebelum membaca, perhatikan tajuk artikel dan apa yang cuba disampaikan.
  2. Cari sedikit maklumat mengenai objektif penulis menulis artikel tersebut. Maklumat ini boleh didapati dalam abstrak.
  3. Baca artikel dengan teliti. Hasilkan satu pandangan menyeluruh terhadap artikel tersebut sebagai thesis statement anda.
  4. Lihat catatan anda dan lihat apa yang bersesuaian dengan thesis statement ini. Buang yang tidak berkaitan. Ya, BUANG. Anda perlukan yang penting dan bersesuaian sahaja. Ulasan tidak perlu kepada ayat yang meleret-leret.
  5. Anda boleh merangka outline dan seterusnya menulis ulasan artikel
  6. Ulasan artikel perlu mengandungi perkara berikut:
    1. PENDAHULUAN/PENGENALAN : nama pengarang, tajuk,  tema utama, objektif penulis, thesis statement.
    2. ISI : Kembangkan thesis statement anda. Terangkan kekuatan dan kelemahan artikel tersebut. Analisis kandungan, gaya, struktur dan sebagainya. Satu perenggan untuk satu idea bagi menyokong thesis statement anda. Jangan cerita keseluruhan kandungan. No spoiler please.
    3. PENUTUP: Ulasan perlu diakhiri dengan kesimpulan yang menyatakan tanggapan keseluruhan anda terhadap buku tersebut, apakah kebaikan dan kelemahannya. Jangan cadangkan idea baru di bahagian kesimpulan

C. Fasa Akhir

  1. Pastikan isi penting jelas dan menyokong thesis statement anda.
  2. Elak pengulangan walaupun untuk tujuan penekanan. Nyatakan idea dan jelaskan kenapa ia penting.
  3. Murnikan ayat yang tidak jelas dan tampak pelik. Jika terlalu panjang, pecahkan kepada ayat-ayat  pendek.
  4. Pastikan koheren antara ayat dan perenggan.
  5. Semak ejaan dan tatabahasa.

 

Tidak susah kan  untuk mengembangkan penulisan ulasan artikel? Silap hari bulan melebihi had jumlah perkataan yang saya berikan kepada anda.  🙂 Semoga dipermudahkan, selamat menulis.

AKTIVITI TITAS: PENCARIAN, PENGUMPULAN BAHAN DAN PEMBINAAN WIKI

Antara aktiviti yang boleh dimanfaatkan dalam pengajaran dan pembelajaran menggunakan e-Learning  (Moodle) ialah WIKI.  Ianya boleh dijadikan aktiviti pembelajaran koloboratif mahupun individual . Sila tonton video ini untuk panduan menggunakan WIKI dalam pengajaran dan pembelajaran.

Glossari Topik 2: Perkembangan Ilmu pada Zaman Pertengahan

ZAMAN KLASIK

Merujuk kepada zaman antara Peperangan Parsi pada awal abad ke 5 SM hingga kepada kematian Alexander The Great 323 SM. Zaman yang banyak berlaku konflik dan peperangan, antara orang Yunani dan Parsi dan juga antara  orang-orang Athens dan Sparta. Namun era ini juga terkenal dengan pencapaian hebat dalam bidang politik dan kebudayaan. Muncul tokoh-tokoh Yunani yang terkenal seperti Herodotus (ahli sejarah), Hippocrates (ahli perubatan) dan Socrates, Plato, Aristotle (ahli falsafah). Pada era ini juga bermulanya sistem politik demokratia atau demokrasi  (pemerintahan oleh rakyat), di mana setiap lelaki berusia lebih 18 tahun layak menyertai Ekklesia (Assembly), badan kerajaan yang memerintah Athens. Pegawai-pegawai perlu bersumpah untuk bertindak ,” according to the laws what is best for people”.

 

Sophist (sufastaiyyah)

Secara literal, bermaksud orang yang bijak, atau orang yang  mahir (skilled man). Merujuk kepada orang-orang bijak pada zaman awal Yunani, sebelum Socrates (pre Socratic ) pada abad ke- 5 dan 4 SM.  Terdiri daripada guru-guru yang mengajar bahasa dan public speaking, pemuisi di wilayah yang masyarakatnya bertutur dalam bahasa Greek, dengan mengenakan bayaran. Kebanyakan mereka berasal dari luar Athens. Kenapa Athens menjadi tumpuan? Kerana Athens menganjurkan demokrasi yang memberi ruang freedom of speech di samping  golongan ini mendapat patronage daripada hartawan  seperti.  Callias dan juga mendapat sokongan pemerintah seperti Pericles yang turut mengundang mereka berdiskusi panjang lebar di rumah beliau. Malah Pericles memberi peluang kepada golongan yang mampu memberikan impresi yang baik kepada orang ramai untuk menyertai politik sebagai ahli Council dan Assembly. Plato dan Aristotle menentang golongan ini kerana mereka bukan bertujuan untuk mencari kebenaran sebaliknya inginkan kemenangan dalam perdebatan walaupun menggunakan cara yang tidak jujur sekalipun.

Antara pemikiran sophist –

  • tidak wujud kebenaran mutlak di dunia ini. Kebenaran ialah apa yang dapat dibuktikan dengan kata-kata, lima pancaindera dan logik akal sehingga tidak dapat disanggah lagi
  • idak berminat dengan perbincangan falsafah dan ilmu berkaitan alam malah mengutuk prinsip moral, agama dan juga undang-undang dan menganggapnya sebagai adat ciptaan manusia
  • Lebih baik menjadi orang yang berjaya (contoh, kaya raya, berkuasa ) tanpa menghiraukan persoalan moral, etika dan nilai murni.
  • Seseorang tidak perlu bertanggungjawab untuk mematuhi undang-undang dan boleh melanggarnya asalkan dapat mengelak daripada ditangkap.

 

Zaman Hellenistik

Merujuk kepada era setelah kematian Alexander The Great 323 SM dan penaklukan Rom ke atas Mesir pada 30SM. Era ini dilanjutkan lagi selama 3 1/2 abad iaitu sehingga Constantine, maharaja Rom juga telah mengubah kota pemerintahan Rom ke Konstantinople pada tahun 330 M.. Berikutan kematian Alexander the Great, kerajaan telah berpecah kepada kerajaan-kerajaan lain seperti  Macedonia, Seleucid dan Ptolemaic. Signifikannya, berlaku penyebaran ilmu dan budaya Yunani serta bercampurnya orang-orang  Yunani dengan masyarakat lain. (Britannica.com)

Contoh pemikiran Helenistik ialah  –  antaranya Falsafah Stoicisme yang dipelopori oleh Zeno  seperti ” kebahagiaan paling baik ialah dengan menolak kesenangan dan bukan dengan mengejar kesenangan”; ” takdir yang ditentukan untuk manusia adalah konsisten dengan keadilan untuk cara kita berkelakuan”.

Anekdot: Zeno menceritakan tentang dia pernah menyebat seorang  pencuri, lantas pencuri itu berkata, ” ini adalah takdir hidupnya sebagai pencuri”, lalu Zeno menjawab, ” ini juga takdirnya untuk menyebat pencuri”.

Konsepsi tentang kebenaran menurut Stoicisme. Zeno berpendapat ada 4 tahap keyakinan: persepsi, persetujuan, pemahaman, pengetahuan. Contoh, saya melihat sebiji epal jatuh dari pokok, dan tidak memikir perkara lain selain daripadanya. Kemudian saya akan melihat persoalan ini lebih jauh dengan menerima/bersetuju/meyakini yang epal itu benar-benar jatuh. Kemudian saya akan cuba memahami implikasi daripada epal yang jatuh tersebut, contohnya kepala saya sakit bila epal terjatuh mengenai kepala.  Daripada epal yang jatuh juga, akan membawa kepada pengetahuan tentang hukum alam yang menatijahkan kejadian tersebut.

Zeno menggambarkan tahap keyakinan dengan tangannya. Tangan yang terbuka (persepsi).  tangan yang sedikit tertutup (persetujuan).  Tangan yang digenggam (pemahaman).Tangan  yang digenggam diangkat dan  di tumbuk di tangan yang lain (pengetahuan). Zeno menyatakan, hanya orang yang bijak yang dapat mencapai pengetahuan.

Naming the File

Pelajar-pelajar

Antara kesukaran yang saya hadapi apabila memuat turun tugasan ialah nama fail yang dihantar ke e-learning yang sangat rencam, yang membuatkan saya tercari-cari dalam download folder di komputer saya sehingga  saya terpaksa download satu persatu untuk diasingkan dalam folder tugasan tersebut mengikut seksyen.

Oleh itu saya selalu mengingatkan pelajar supaya menamakan fail mengikut standard nama yang saya tetapkan;

  1. Ulasan Video:

Ringkasan nama tugasan-seksyen-nama ringkas pelajar

Contoh: UV-73-Adib

2.Aktiviti MOOC 1:

Ringkasan nama tugasan-seksyen-nama ringkas pelajar

Contoh: AM1-98-Putri

3. Aktiviti MOOC 2:

Ringkasan nama tugasan-seksyen-nama ringkas pelajar

Contoh: AM2-35-Joseph

4. Tugasan Bertulis:

Ringkasan nama tugasan-seksyen-tajuk ringkas tugasan

Contoh: TB – 69-Senibina Melayu

5. Draf Tugasan

Ringkasan nama tugasan-seksyen-nama ringkas tugasan

Contoh: DT-70-Hegemoni

6. Slide Pembentangan

Ringkasan nama tugasan-seksyen-nama ringkas tugasan

Contoh: SP – 36- Dialog Peradaban

7. Laporan Projek

Ringkasan nama tugasan-seksyen-nama ringkas tugasan

Contoh: LP – 23- Muzium Bugis

Apps for Teaching: Socrative

Apps for Teaching: Nearpod

Sesuai untuk digunakan kepada pelajar tidak lebih daripada 50 orang.

Nearpod membolehkan pensyarah menyampaikan pembentangan secara terus ke gajet pelajar. Kelebihan – mengandungi   interactive questions dan pelajar boleh menjawab dan sampai secara live kepada pensyarah.Yang menarik, jawapan juga boleh diberi dalam bentuk lukisan.

https://www.youtube.com/watch?v=PTqYbJCJMEM