Doa Taubat

No photo description available.

Aku memohon keampunan kepada Allah Yang Maha Agung. Aku memohon keampunan kepada Allah Yang Maha Agung. Aku memohon keampunan kepada Allah Yang Maha Agung, tiada Tuhan selain Dia Yang Maha Hidup, dan yang Maha Memelihara, Mengurus (kehidupan makhluk), dan aku bertaubat kepada-Nya untuk setiap dosa yang aku telah lakukannya dengan sengaja, atau tidak sengaja, secara sembunyi atau terang-terangan, besar atau kecil. Sesungguhnya Engkau Ghaffaru’l-dhunub -Maha Pengampun segala dosa; Fattahu’-l qulub – yang Maha Membuka hati-hati; Sattaru’l-Uyyub – Maha pelindung segala aib, Kashifu’l-Kurub – yang Maha pelenyap segala penderitaan.

Aku bertaubat kepada-Nya untuk dosa-dosa yang aku tahu, dan dosa-dosa yang aku tidak tahu. Sesungguhnya Engkaulah ‘Allam al-ghuyub – Yang Maha Mengetahui segala perkara ghaib. La hawla wa la quwwata illa bi’lLah al-‘Aliyy al-‘Azim. Tiada daya dan tiada upaya kecuali dengan kekuatan Allah Yang Maha Tinggi, Maha Agung.

Ya Allah, sesungguhnya aku menyesal atas setiap maksiat yang aku telah lakukan. Rezekikan aku menjadi seorang yang jujur mengenainya. Sesungguhnya aku tidak mempunyai sebarang kaitan dengan agama yang menyalahi Islam.

Ya Allah, sekiranya ada sekelumit syirik atau rasa syak (ragu-ragu) menyelinap masuk dalam imanku dan tauhidku, aku bertaubat kepada-Mu. Ampunilah aku. Aku melafazkan, ashadu an la ilaha illa Allah wa ashhadu anna Muhammad RasululLah. Aku bersaksi sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa sesunguhnya Muhammad Pesuruh Allah.

Doa Ditetapkan Hati dalam Hidayah

Sungguh hidayah adalah milik Allah. Dilahir sebagai Muslim bukan jaminan untuk mati sebagai Muslim. Justeru setiap detik, setiap saat, selaku insan yang lemah perlu waspada agar tidak tersilap langkah. Pengharapan tulus diletakkan kepada Allah, berharap dengan limpahan rahmat dan kasih sayangNya agar tidak memesongkan hati kita setelah Dia berikan hidayah. Hargailah hidayah kurniaan Allah, kekallah atas al-Sirat al-Mustaqim hingga ke hujung nyawa.

The First Principle

The First Principle is the inquiry of the pre Socratic philosphers. By pre Socratic philosophers, we meant those Greek philosophers who lived before Socrates starting from the time of Thales of Miletus to Socrates to Socrates of Athens. Thales questioned about what is the First Cause of the existence, the element or matter from which everyone and everything else came. He eventually came to the conclusion that WATER was the First Cause as it could assume different forms, could become steam when heated and turn into ice when frozen and seemed to be in all living things.

However, his view was refuted by Anaximander who argued that the First Cause was beyond matter or elements. To him, it was INFINITE, a COSMIC FORCE OF CREATIVE ENERGY that constantly create, destroy and remake the observable world.

Eudaimonia

On the different conceptions of the good life | How to Be a Stoic

Eudaimonia adalah suatu istilah yang dibicarakan dalam salah satu cabang falsafah iaitu etika. Kebiasaannya diterjemahkan sebagai kebahagiaan. Namun istilah ini lebih deep daripada kebahagiaan atau happiness seperti yang kebanyakan orang faham. Istilah Greek yang terdiri daripada dua kosa kata, ‘eu’ iaitu baik dan ‘daimon’ iaitu diri atau jiwa. Menurut Aristotle eudaimonia ialah kebaikan tertinggi manusia, satu-satunya kebaikan yang diingini kerana eudaimonia itu sendiri, bukan untuk atau kerana sebab-sebab lain. Ianya adalah matlamat tertinggi itu sendiri dan bukannya cara untuk mendapatkan sesuatu matlamat. Dengan ayat yang lebih mudah, ‘mencapai eudaimonia untuk eudaimonia’.

Eudaimonia bermaksud pencapaian terbaik yang mampu dicapai oleh seseorang insan dalam segenap hal, bukan sekadar rasa bahagia tetapi juga daripada segi akhlak, nilai baik dan kehidupan yang bermakna. Mencapai potensi manusia untuk menjadi manusia lebih baik. Aristotle berpendapat ianya dapat dicapai menerusi usaha bersungguh, menyemai nilai kebaikan dan menjadi cemerlang dalam setiap tugas yang dipikul. Untuk mencapainya, seseorang perlu berada di tempat yang betul atau dengan kata lain perlu berlaku adil dan menyeimbangkan segala aktiviti dengan kebijaksanaan atau hikmah. Contoh mudah, ibu bapa perlu cemerlang dalam tanggungjawabnya membesarkan anak-anak, doktor perlu cemerlang dalam merawat pesakit dan seorang ahli falsafah perlu cemerlang dalam mencapai ilmu, hikmah dan pengajaran. Selain cemerlang dalam menjalankan tanggungjawab ini, semua insan juga perlu cemerlang dalam menjadi manusia yang berakhlak, yang mampu mengawal emosi dan yang menggunakan akal. Inilah yang menjadikan manusia itu MANUSIA. Kesimpulannya eudaimonia bukan sekadar rasa bahagia tetapi juga meliputi kehidupan berakhlak dan kejayaan spritual.

Rujukan

https://www.britannica.com/topic/eudaimonia

https://philosophyterms.com/eudaimonia/

Wacana Falsafah dan Isu Semasa

22 Mac 2021. Semester ini, Akademi Tamadun Islam dan CAEL, UTMiLeague menganjurkan Wacana Falsafah dan Isu Semasa pada awal semester. Kali ini mengupas tajuk Falsafah Sejahtera Era Pandemik COVID 19 dengan menjemput tetamu undangan iaitu Dato’ Dr. Mohd Yusof Bin Hj. Othman dan Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Sanusi. Penyelaras kursus UICI1022: Falsafah dan Isu Semasa, Dr. Nur Najwa Hanani Binti Abd Rahman menjadi moderator untuk kesekian kalinya.
Wacana ini menjadi sebahagian daripada penilaian kursus Falsafah dan Isu Semasa. Pelajar perlu menghasilkan ULASAN yang markahnya 10%. Berikut adalah panduan penulisan Ulasan:

https://www.youtube.com/watch?v=w_JCQ3KLX2k

A. Fasa Pra Penulisan

  1. Sila tonton video webinar.
  2. Buat catatan, ulasan seharusnya melampaui perkara yang ditemui dalam webinar. A review is neither summary nor a report of the webinar.
  3. Penekanan juga perlu diberikan kepada analisis  kekuatan dan kelemahan isu yang diulas.
  4. Senaraikan informasi asas berkaitan isu yang dibincangkan dalam webinar. Dengar dan perhatikan isu yang cuba disampaikan.
  5. Cari sedikit maklumat mengenai objektif webinar tersebut.
  6. Hasilkan satu pandangan menyeluruh terhadap isu tersebut sebagai thesis statement/problem statement anda.
  7. Lihat catatan anda dan lihat apa yang bersesuaian dengan thesis statement/problem statement. Buang yang tidak berkaitan. Ya, BUANG. Anda perlukan imaklumat yang penting dan bersesuaian sahaja. Ulasan tidak perlu kepada ayat yang meleret-leret.
  8. Anda boleh merangka outline dan seterusnya menulis ulasan webinar
  9. Perlu ada data sokongan dari sekurang-kurangnya tiga (3) sumber rujukan sama ada buku, artikel jurnal dan sebagainya.

B. FASA PENULISAN

Ulasan perlu mengandungi perkara berikut:

1. PENDAHULUAN/PENGENALAN : Sertakan nama panel, tajuk, tema utama, objektif webinar, thesis statement.Ulasa

2. ISI :

Pertama: Kembangkan thesis statement anda. Terangkan kekuatan dan kelemahan isu yang dibincangkan dalam webinar tersebut. Analisis kandungan webinar yang disampaikan dengan mengemukakan dua (2) isu utama bagi menyokong thesis statement tersebut yang ditulis dalam dua perenggan berbeza. Kedua-dua isi tersebut perlu dianalisis dan disertakan bukti sokongan.

Kedua: Analisis perbandingan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan Falsafah Pendidikan negara lain.

3. PENUTUP: Ulasan perlu diakhiri dengan kesimpulan yang menyatakan tanggapan keseluruhan anda terhadap isu webinar tersebut, apakah kebaikan dan kelemahannya. Jangan cadangkan idea baru di bahagian kesimpulan.

4. RUJUKAN: Pelajar perlu merujuk kepada sekurang-kurangnya tiga (3) rujukan.

5. FORMAT PENULISAN

  1. PDF
  2. Font: Times new Roman
  3. Saiz:  12
  4. Justify
  5. Spacing: 1.5
  6. Tidak melebihi 3 muka surat

Nota: Sila rujuk rubrik Ulasan Wacana di e-Learning.

Bengkel Kemahiran Kaunseling Syar’ie Tahap Pertengahan

Bengkel Kaunseling Syari’e Pertengahan selepas kursus asas yang diikuti pada dua minggu lepas. Usaha menambah kemahiran diri bagi persediaan menjadi fasilitator KSK Care.

Bantulah, Jangan Berkira

Sesiapa yang menghilangkan satu kesusahan seorang Muslim daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan menghilangkan baginya satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan di hari kiamat. Sesiapa yang memudahkan orang yang mengalami kepayahan di dunia, nescaya Allah akan memudahkan baginya urusan dunia dan akhiratnya. Sesiapa yang menutup keaiban seorang Muslim di dunia maka Allah akan menutup keaibannya di dunia dan akhirat. Sesungguhnya Allah sentiasa menolong hamba-Nya selagi hamba-Nya berusaha menolong saudaranya.

Helping hand as picture for clipart free image

Kalau diikutkan kerja yang banyak, memang kebanyakan kita ada kerja yang banyak, Namun adakalanya dalam kesibukan kita, akan ada sahaja yang perlu kepada bantuan sama ada ahli keluarga, rakan, pelajar, mahupun orang yang tidak dikenali. Kadang-kadang kita ada rasa cuak, kalau-kalau jika masa yang digunakan untuk membantu orang lain akan membantutkan kerja kita sehingga kita tidak mampu untuk siapkan kerja. Hadis di atas boleh dijadikan sumber keyakinan untuk berusaha sedaya upaya membantu apabila ada yang perlu kepada bantuan. Luangkanlah masa, mudahkanlah urusan orang lain, bantulah.. Yakinlah, Allah akan bantu kita pula dengan pelbagai cara.

Heart Is Like A Mirror

Julie Le Brun Looking in a Mirror free public domain image | Look and Learn

5 reasons which may prevent the object from being reflected in the mirror:

1. there may be something wrong with the mirror

2. something other than mirror may come between the object and the mirror

3.the object not be in front if it

4.something may come between the object and the mirror

5.the position of the object may not be known, so that the mirror may be properly placed(al-Ghazali)

Catatan DPI/SHPI ATI

Imbauan sejarah perjalanan program Diploma Pendidikan (Pengajian Islam) dan Sarjana Muda Pendidikan (Pengajian Islam) hasil coretan mantan Pengerusi Akademi Tamadun Islam, Prof Dr Ajmain Safar . Saya letakkan di sini bagi memudahkan warga Akademi Tamadun Islam memahami sebahagian kronologi penawaran program DPI dan SHPI di UTM. https://www.facebook.com/ibnuabid.safar/posts/4434687393215978


Hari ini selepas 24 tahun berlalu…. Program Diploma Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) melalui Proses Audit Pematuhan Program. Hari ini pensyarah pelapis muda kami….diketuai oleh Penyelaras Program Dr Abd Hafiz Abdullah and team.. bertungkus lumus “bersilat” semasa diaudit selepas beberapa minggu mempersiapkan dokumen untuk tujuan audit (Dr Akmaliza Abdullah…. gigih membantu walaupun ketika bercuti di kg… tetap online hihi….)… Alhamdulillah tahniah semua yang terlibat…. antum hebat.Aku teringat sekitar tahun 1996 ketika peringkat awal penubuhan Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial, tugas awal kami menyediakan kertas kerja mewujudkan Program baru yang diketuai oleh al marhom Prof Dr Nazeri Taib (moga Allah merahmati beliau). Dua kertas kerja kami usahakan Diploma Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) DPI dan Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) SPI dengan kerjasama Fakulti Pendidikan… (kami gelarkan… emaknya di PPIPS dan bapanya di FP… sebab binnya pada bapak hehehe). Rupanya kami telah merintis sinergi sejak 24 tahun yang lalu….Bersama al-marhom Prof Madya Ustaz Tamjes Kasiran (moga Allah merahmati beliau), mantan Pengarah PPIPS Prof Madya Ust Ab Gani Ben Jalil Jalil, Prof Selamat Hashim Hasyim, Prof Madya Azmi Shah Suratman juga Prof Madya Dr Aminuddin Ruskam dan beberapa orang lagi bertungkus lumus menyiapkan kertas kerja tersebut siang dan malam….ini program anak sulong kami… sebab selama ini hanya mengajar subjek umum universiti.Alhamdulillah akhirnya berjaya membuat pengambilan pertama SPI sesi 1997/1998 untuk aliran perdana … anak sulung kami dah graduate hampir 20 tahun… Kebetulan pada tahun 1996 juga ditubuhkan Kolej Islam Johor (KIJ) yang mula mengambil Program Diploma Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) DPI sebagai Program franchise pada tahun 1997… aku sempat dua atau tiga semester membantu mengajar program ini di KIJ… Nostalgia program DPI atau sekarang ni dah tukar nama DHPI sebenarnya banyak jasanya khususnya kepada guru-guru agama Kerajaan Negeri Johor, Selangor, Wilayah Perseketuan juga Perak yang telah di graduankan memiliki Diploma atau Sarjana Muda. Aku teringat semasa menjadi Pengarah PPIPS sekitar tahun 2003 (dah dilupakan… ) telah membuat pertemuan dengan Pengarah Jabatan Agama Johor untuk berbincang mengadakan perjanjian persefahaman untuk mengraduatkan guru-guru agama kerajaan Negeri Johor… antara kata-kata Pengarah JAJ masa tu… kami baru dapat peruntukan 1000 post perjawatan guru agama peringkat diploma… mohon bantuan pihak UTM untuk menerima guru-guru agama Negeri Johor menyambung pengajian dengan yuran pengajian mereka ini ditaja melalui JAJ….Alhamdulillah… telah ramai yang mendapat manfaat daripada program ini… TAHNIAH kepada rakan-rakan pensyarah… terutama golongan assabiqunal awwalaun (termasuk yang tidak disebut nama mereka satu persatu)…. Moga menjadi jariah buat kalian…

May be an image of 14 people

Positivism